Connect with us

Terkini

Bawah umur 16 tahun dilarang buka akaun media sosial mulai 2026

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa larangan ini berdasarkan keputusan Kabinet untuk mengekang jenayah siber yang melibatkan semua lapisan umur, termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.
  • “Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” kata Fahmi.
  • Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilaksanakan di Australia dan negara lain, terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

KUALA  LUMPUR – Kerajaan menyasarkan larangan untuk golongan bawah 16 tahun membuka akaun media sosial bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. 

Beliau menjelaskan bahawa larangan ini berdasarkan keputusan Kabinet untuk mengekang jenayah siber yang melibatkan semua lapisan umur, termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” kata Fahmi yang dipetik Berita Harian.

Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilaksanakan di Australia dan negara lain, terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka yang di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” tambahnya.

Fahmi turut menyebut bahawa salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan adalah mewajibkan platform media sosial untuk melaksanakan pengesahan eKYC (electronic Know Your Customer), yang melibatkan penggunaan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti MyKad, pasport, dan MyDigital ID.

“Kita menjangkakan platform dapat melaksanakannya menjelang tahun depan. Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia, dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga,” tambah Fahmi.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author