Connect with us

Terkini

Abuya didenda RM1,950 mengajar tanpa tauliah, kelola guru agama tanpa kebenaran

Published

on

Foto: Mohamad Aswadi Yah, 46
  • Mohamad Aswadi Yah, 46, yang tidak diwakili peguam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Dr Wan Azimin Wan Adnan.
  • Mengikut pertuduhan, Mohamad Aswadi didakwa mengajar atau menyampaikan apa-apa perkara berkaitan agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran.
  • Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 117 dan Seksyen 118 Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Bilangan 4 Tahun 1994 yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

TUMPAT – Seorang mudir yang juga pengusaha sebuah sekolah pondok dikenali sebagai ‘Abuya’ semalam didenda RM1,950 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengajar tanpa tauliah dan mengelola guru agama tanpa kebenaran.

Mohamad Aswadi Yah, 46, yang tidak diwakili peguam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Dr Wan Azimin Wan Adnan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Aswadi didakwa mengajar atau menyampaikan apa-apa perkara berkaitan agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 117 dan Seksyen 118 Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Bilangan 4 Tahun 1994 yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, media melaporkan pondok milik Abuya diarahkan tutup operasi pada 23 Oktober lepas dan tindakan diambil mengikut Seksyen 133 serta 135 Kaedah 37 Kaedah-Kaedah Pendaftaran dan Pengawalan Sekolah dan Institusi Pengajian Agama 1987.

Selain penutupan, notis kesalahan mengajar tanpa tauliah dan mengelola guru agama tanpa kebenaran turut dikeluarkan terhadap mudirnya mengikut Seksyen 117 serta Seksyen 118. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author