Connect with us

Antarabangsa

Senator Filipina sarankan bahasa Arab diajar di semua sekolah rendah

Senator Filipina, Sherwin Gatchalian mendesak supaya Bahasa Arab dan Pendidikan Nilai Islam (ALIVE) diajar di semua sekolah rendah awam dan swasta di luar Wilayah Autonomi Bangsamoro di Muslim Mindanao (BARMM), Filipina semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Senator Filipina sarankan bahasa Arab diajar di semua sekolah rendah
Foto: Sherwin Gatchalian, Senator Filipina
  • Senator Filipina, Sherwin Gatchalian mendesak Bahasa Arab dan Pendidikan Nilai Islam (ALIVE)  diajar di semua sekolah rendah awam dan swasta di  Autonomi Bangsamoro di Muslim Mindanao (BARMM).
  • Sherwin failkan RUU Senat No. 382 atau Akta Pendidikan Bahasa Arab dan Nilai Islam awal tahun untuk menyediakan  pendidikan relevan dan sesuai kepada pelajar muslim Filipina serta mengiktiraf budaya mereka.
  • Katanya, RUU diajar kepada  pelajar bukan Islam dan beragama Islam supaya menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam pembinaan negara itu.
  • RUU akan menyediakan buku teks  dan bahan pengajian serta latihan atau pembangunan keupayaan para guru dan asatizah dalam komuniti Muslim Filipina.

 

MANILA, 19 Disember 2022 – Senator Filipina, Sherwin Gatchalian mendesak supaya Bahasa Arab dan Pendidikan Nilai Islam (ALIVE) diajar di semua sekolah rendah awam dan swasta di luar Wilayah Autonomi Bangsamoro di Muslim Mindanao (BARMM), Filipina semalam.

Lapor portal negara berkenaan, Sherwin telah memfailkan Rang Undang-Undang (RUU) Senat No. 382 atau Akta Pendidikan Bahasa Arab dan Nilai Islam pada awal tahun untuk menyediakan peluang pendidikan yang relevan dan bersesuaian kepada pelajar Muslim Filipina serta mengiktiraf budaya mereka.

RUU itu mencadangkan kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar kepada pelajar Filipina beragama Islam dan bukan Islam.

Katanya, langkah itu akan mengesahkan sumbangan rakyat Muslim Filipina kepada aspirasi dan matlamat negara yang bertujuan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam pembinaan negara itu.

Dalam pada itu, RUU tersebut akan menyediakan buku teks dan bahan pengajian berkaitan serta latihan atau pembangunan keupayaan para guru dan asatizah dalam komuniti Muslim Filipina.

Ujar beliau, ia juga akan membantu dari sudut bantuan pendidikan kewangan dan teknikal kepada madrasah-madrasah bertauliah atau diiktiraf Jabatan Pendidikan (DepEd) yang beroperasi secara persendirian dan institusi pendidikan yang berteraskan pengajian Islam dan literasi Arab.

Selain sekolah awam dan madrasah swasta di luar wilayah BARMM, langkah tersebut juga dicadangkan terhadap pelajar yang berdaftar di bawah Sistem Pembelajaran Alternatif.

 

 Sumber : Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *