Connect with us

Terkini

Jurugambar berhak ambil gambar suspek didakwa – Geramm

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Geramm.
  • Gerakan Media Merdeka (Geramm) menegaskan bahawa jurugambar media mempunyai hak untuk mengambil gambar suspek yang telah pun didakwa di mahkamah, selagi ia bukan melibatkan kes kanak-kanak atau kes tertentu yang memerlukan perlindungan identiti.
  • Penegasan itu dibuat susulan insiden melibatkan pegawai polis kontroversi, Inspektor Sheila yang tiba di kompleks mahkamah semalam bagi menghadapi pertuduhan menghalang tugas penjawat awam yang mempersoalkan tindakan jurugambar merakam gambarnya.

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (Geramm) menegaskan bahawa jurugambar media mempunyai hak untuk mengambil gambar suspek yang telah pun didakwa di mahkamah, selagi ia bukan melibatkan kes kanak-kanak atau kes tertentu yang memerlukan perlindungan identiti.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Geramm.

Dalam kenyataannya, Geramm berkata walaupun tiada undang-undang khusus yang melarang tindakan menghalang tugas media, hak jurufoto untuk menjalankan kerja mereka perlu dihormati dan tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak.

Penegasan itu dibuat susulan insiden melibatkan pegawai polis kontroversi, Sheila Sharon Steven Kumar lebih dikenali sebagai Inspektor Sheila yang tiba di kompleks mahkamah semalam bagi menghadapi pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Sheila, 37, tiba dengan menaiki van polis putih dan diiringi pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Ketika keluar dari kenderaan tersebut, beliau sempat berinteraksi dengan pihak media sambil mengenakan blaus dan skirt.

“Selamat tengah hari semua. Apa khabar? Sebarang soalan boleh tanya saya kemudian, ya. Seronok berjumpa dengan anda semua. Hari yang baik untuk Malaysia,” katanya kepada petugas media.

Namun, dalam masa yang sama beliau turut memberi ‘amaran’ kepada jurugambar yang merakam gambarnya ketika tiba di perkarangan mahkamah.

“Awak ada minta izin saya untuk ambil gambar? Itu hak saya. Awak tak boleh ambil gambar tanpa kebenaran saya. Ambil gambar tanpa izin saya, hati-hati,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro dan New Straits Times.

Sheila kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes tersebut.

Geramm dalam kenyataannya menekankan bahawa amaran seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kepada jurugambar yang menjalankan tugas sah mereka, lebih-lebih lagi apabila individu terlibat telah didakwa.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author