Connect with us

Terkini

UPKO keluar daripada Pakatan Harapan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agungnya Datuk Nelson W Angang berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO semalam dan keputusan berkenaan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti komponen PH yang lain.
  • “Setelah mempertimbangkan penyertaan dalam PH selama empat tahun dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui pilihan raya ini, maka Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tarikh penamaan calon pula pada 15 Nov manakala tarikh pengundian awal pada 25 November.

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) semalam membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta, kata Setiausaha Agungnya Datuk Nelson W Angang.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO semalam dan keputusan berkenaan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti komponen PH yang lain.

“Setelah mempertimbangkan penyertaan dalam PH selama empat tahun dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui pilihan raya ini, maka Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tarikh penamaan calon pula pada 15 Nov manakala tarikh pengundian awal pada 25 November.

Pada PRN Sabah pada 2020 menyaksikan UPKO bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun hanya memenangi satu kerusi iaitu DUN Kadamaian menerusi Presiden parti itu Datuk Ewon Benedick. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author