Connect with us

Terkini

ZUS Coffee nafi dakwaan kakitangan terlibat dalam insiden tular telah dibuang kerja

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Zus Coffee.
  • Dalam kemas kini terbaharu di platform rasmi media sosialnya, ZUS Coffee menjelaskan bahawa maklumat yang tersebar kononnya pekerja tersebut telah dipecat adalah tidak benar.
  • “Kami telah melihat beberapa hantaran mengatakan bahawa Zurista kami yang terlibat dalam insiden baru-baru ini telah ditamatkan perkhidmatan. Itu tidak benar,” kata kenyataan itu.
  • Syarikat itu turut memohon agar orang ramai memberi ruang dan masa kepada pekerja berkenaan untuk pulih daripada insiden tersebut, serta menasihatkan pengguna media sosial agar tidak menggalakkan tingkah laku agresif atau menyebarkan maklumat palsu.

 

KUALA LUMPUR – ZUS Coffee menafikan dakwaan bahawa kakitangannya yang terlibat dalam insiden tular baru-baru ini telah ditamatkan perkhidmatan, sambil menegaskan syarikat itu masih memberikan sokongan sepenuhnya kepada pekerja berkenaan.

Dalam kemas kini terbaharu di platform rasmi media sosialnya, ZUS Coffee menjelaskan bahawa maklumat yang tersebar kononnya pekerja tersebut telah dipecat adalah tidak benar.

“Kami telah melihat beberapa hantaran mengatakan bahawa Zurista kami yang terlibat dalam insiden baru-baru ini telah ditamatkan perkhidmatan. Itu tidak benar,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu turut memohon agar orang ramai memberi ruang dan masa kepada pekerja berkenaan untuk pulih daripada insiden tersebut, serta menasihatkan pengguna media sosial agar tidak menggalakkan tingkah laku agresif atau menyebarkan maklumat palsu.

“Kami berharap semua dapat memberi beliau ruang dan pemahaman yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan ini. Mohon juga agar semua pihak mengelakkan daripada menyebarkan maklumat tidak sahih atau menggalakkan sikap agresif. Mari kita bersikap baik antara satu sama lain, di alam maya dan di luar talian,” jelas kenyataan itu.

ZUS Coffee sebelum ini dalam kenyataan rasmi turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan berhubung insiden yang berlaku di salah satu cawangannya, selain menegaskan syarikat tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk perlakuan yang menjejaskan keselamatan komuniti dan kakitangan mereka.

“Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami. Kami akan terus komited bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua,” menurut kenyataan terdahulu.

ZUS Coffee turut menggesa orang ramai agar tidak menularkan semula video insiden berkenaan dan menghormati privasi semua individu yang terlibat, selaras dengan usaha syarikat memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author