Connect with us

Terkini

Amanah bincang penangguhan pemilihan di peringkat tertinggi parti

Published

on

Foto: Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu
  • Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata terdapat peruntukan di dalam perlembagaan parti itu yang membenarkan penangguhan pemilihan berkenaan dan hal itu akan dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat peringkat nasional nanti.
  • “Antara dua itu (tangguh atau laksana pemilihan) kami akan bincanglah sebab kami tengok juga mood pilihan raya tu bila,” katanya ketika ditemui selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini semalam.

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) sedang meneliti sama ada akan menangguhkan pemilihan peringkat pimpinan tertinggi parti itu, yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan, kata ‎‎Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata terdapat peruntukan di dalam perlembagaan parti itu yang membenarkan penangguhan pemilihan berkenaan dan hal itu akan dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat peringkat nasional nanti.

“Antara dua itu (tangguh atau laksana pemilihan) kami akan bincanglah sebab kami tengok juga mood pilihan raya tu bila,” katanya ketika ditemui selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini semalam.

‎‎Terdahulu, media melaporkan usul berkaitan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan antara yang menjadi perhatian pada hari kedua konvensyen itu dan suasana tenang menjadi sedikit tegang apabila beberapa perwakilan mendesak agar usul itu dibahaskan segera. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author