Connect with us

Terkini

PH perlu tegas mansuh SOSMA – P. Ramasamy

Kerajaan Perpaduan atau tidak, Pakatan Harapan (PH) yang merupakan gabungan utama di dalam Kerajaan perlu tegas untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PH perlu tegas mansuh SOSMA - P. Ramasamy
Foto: P. Ramasamy.
  • Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy berkata PH tidak perlu berkompromi terhadap undang-undang yang tidak adil, menindas hak asasi manusia.
  • Tindakan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution pertahankan SOSMA bertentangan dengan pandangan gabungan PH yang lama bahawa SOSMA mesti dimansuhkan segera.
  • Beliau mendakwa polis menggunakan SOSMA semata-mata kerana mereka tidak mempunyai bukti yang diperlukan untuk mendakwa di bawah undang-undang lain di mahkamah.

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Kerajaan Perpaduan atau tidak, Pakatan Harapan (PH) yang merupakan gabungan utama di dalam Kerajaan perlu tegas untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Demikian kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy yang juga berkata, PH tidak perlu berkompromi terhadap undang-undang yang tidak adil, menindas hak asasi manusia di negara ini dan undang-undang zalim yang menahan dan menindas individu tanpa perbicaraan.

Dalam hal ini, tidak boleh ada dua pandangan berbeza terhadap Akta SOSMA, ujar P Ramasamy.

Justeru, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan SOSMA adalah bertentangan dengan pandangan gabungan PH yang lama bahawa SOSMA mesti dimansuhkan segera.

P Ramasamy dalam hantaran Facebooknya juga mendakwa bahawa SOSMA adalah akta untuk memudahkan tugas polis menangani jenayah.

“Hakikat bahawa polis menggunakan Sosma adalah semata-mata kerana mereka tidak mempunyai bukti yang diperlukan untuk mendakwa mereka di bawah undang-undang lain di mahkamah.”

P Ramasamy juga mendakwa, “Penggunaan Sosma mencontohkan aksiom bahawa orang yang disyaki melakukan jenayah ditahan terlebih dahulu sebelum ada bukti.”

Terdahulu, media melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) buat masa ini.

Sumber : Samudera

 

Author