Connect with us

Terkini

Mata pelajaran ‘Alam dan Manusia’ gantikan Sains, Seni dan Muzik mulai 2027

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Langkah tersebut diambil bagi menyokong tumpuan utama Tahap I terhadap penguasaan kemahiran asas literasi, numerasi (3M) serta pembentukan karakter murid.
  • “Mata pelajaran ini menggabung jalin pelbagai disiplin ilmu seperti sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, TVET dan digital,” jelas KPM.

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa mata pelajaran baharu Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu yang akan diperkenalkan untuk murid Tahap I dalam Kurikulum Persekolahan 2027 merupakan usaha menyatukan pelbagai disiplin ilmu bagi memperkukuh pembelajaran asas murid sekolah rendah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook KPM, mata pelajaran ini menggantikan subjek Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada.

Langkah tersebut diambil bagi menyokong tumpuan utama Tahap I terhadap penguasaan kemahiran asas literasi, numerasi (3M) serta pembentukan karakter murid.

“Mata pelajaran ini menggabung jalin pelbagai disiplin ilmu seperti sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, TVET dan digital,” jelas KPM.

Kementerian itu turut menekankan bahawa pendekatan pengajaran berpasukan akan digunakan bagi melaksanakan pembelajaran bersepadu ini.

Melalui kaedah tersebut, guru akan saling melengkapi dan menyokong keperluan pembelajaran murid secara bersama di dalam kelas.-The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author