Connect with us

Terkini

Ambil yang jernih, buang yang keruh – Nga Kor Ming

Published

on

Foto: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming
  • Kenyataan tersebut dikongsi beliau di Facebook-nya selepas menghadiri sesi Kudapan Pagi bersama beberapa persatuan media utama di Putrajaya hari ini.
  • “Hubungan erat dan saling memahami antara KPKT dan media amat penting bagi memastikan penyampaian dasar serta inisiatif kerajaan dapat difahami dan diterima dengan lebih inklusif dan berkesan,” katanya.

 

PUTRAJAYA  — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan bahawa Kerajaan Madani sentiasa memberi keutamaan kepada kebebasan media dan tidak sama sekali berniat untuk mengenepikan peranan wartawan sebagai rakan strategik dalam penyampaian dasar kerajaan.

Kenyataan tersebut dikongsi beliau di Facebook-nya selepas menghadiri sesi Kudapan Pagi bersama beberapa persatuan media utama di Putrajaya hari ini.

Nga menekankan bahawa kebebasan media merupakan tunjang penting dalam sistem demokrasi dan komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat.

“Hubungan erat dan saling memahami antara KPKT dan media amat penting bagi memastikan penyampaian dasar serta inisiatif kerajaan dapat difahami dan diterima dengan lebih inklusif dan berkesan,” katanya.

Sesi santai itu dihadiri wakil dari Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Majlis Media Malaysia (MMM), dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Selain memperkukuh hubungan profesional, sesi tersebut turut menjadi medan pertukaran pandangan dan idea mengenai cara mempertingkat komunikasi dasar awam serta memperkukuh sinergi antara kerajaan dan media dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Beliau turut menyeru agar media dan kerajaan mengamalkan prinsip “ambil yang jernih, buang yang keruh”, dalam membina kerjasama yang lebih harmoni dan berintegriti.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu semalam memohon maaf atas kenyataannya terhadap seorang wartawan semasa sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author