Connect with us

Terkini

Kaitkan PASTI, SRITI dengan budaya ekstremisme adalah ‘naratif jahat’

Soalan daripada media berbahasa Inggeris yang mengaitkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dengan isu ekstremis di sekolah kepada Menteri Pendidikan semalam menimbulkan ketidakpuasan hati pihak tertentu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengguna FB yang juga Pengerusi SRITI Tahfiz Al-Ummah, Ekhwan Nazari menyifatkan soalan media yang mengaitkan PASTI dan SRITI dengan budaya ekstremisme disifatkan membawa naratif yang sangat jahat.
  • Baginya, etika kewartawanan pemberita  portal The Vibes hendaklah diteliti semula Menteri Komunikasi dan Digital kerana mengganggu keharmonian awam.
  • “Untuk pengetahuan saudara – PASTI mendidik murid berumur empat tahun hingga enam tahun dengan cara hidup Islam.
  • “Seterusnya SRITI diwartakan kepada setiap cawangan untuk berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Islam Daerah/Negeri masing-masing,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Soalan daripada media berbahasa Inggeris yang mengaitkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dengan isu ekstremis di sekolah kepada Menteri Pendidikan semalam menimbulkan ketidakpuasan hati pihak tertentu.

Pengerusi SRITI Tahfiz Al-Ummah, Ekhwan Nazari menyifatkan pertanyaan yang dilontarkan wartawan portal The Vibes itu membawa naratif yang sangat jahat.

Baginya, etika kewartawanan pemberita berkenaan hendaklah diteliti semula Menteri Komunikasi dan Digital kerana mengganggu keharmonian awam.

“Untuk pengetahuan saudara – PASTI adalah Pusat Asuhan Tunas Islam yang mendidik murid berumur empat tahun hingga enam tahun dengan cara hidup Islam dan nilai-nilai murni, adab dan akhlak sebagai seorang insan.

“Ia sejajar dengan apa yang dihasratkan oleh kementerian termasuk belajar membaca, mengira dan mengaji. 

“Di mana hendak selitkan budaya ekstrim bagi murid di usia begini? Adakah dengan tidak diajar berjoget, terkinja-kinja dan menyanyi lagu barat menjadikan kanak-kanak ini ekstremis?,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

 

Foto: Tangkap layar Facebook Ekhwan Nazari

 

Ekhwan menggesa pemberita berkenaan untuk berfikir masak-masak sebelum bertanyakan sebarang soalan kepada menteri sepertimana berlaku dalam sidang media semalam.

“Seterusnya SRITI, untuk pengetahuan saudara ini mendidik murid Darjah Satu hingga Enam dan sejak penubuhannya lagi, SRITI diwartakan kepada setiap cawangan untuk berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Islam Daerah/Negeri masing-masing. 

“Malah, banyak SRITI yang telah berdaftar dengan KPM. Bukan mudah-mudah hendak berdaftar dengan PPID ini, saudara. 

“Berpuluh ribu modal keluar hendak melepasi garis panduan ditetapkan agensi-agensi berkenaan seperti bomba, polis, pejabat kesihatan, majlis daerah, SSM dan lain-lain lagi,” katanya.

Selain itu, katanya, silibus Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Negeri pun terdapat di SRITI. 

“Ini pendidikan sekolah rendah agama saudara, tiada pun pendidikan ekstrimis. Malahan, kami ada mata pelajaran khas berkenaan adab dan akhlak bagi memastikan murid kami keluar menjadi rakyat Malaysia yang baik dan saling menghormati,” katanya. – The Merdeka Times

 

Sumber: Facebook Ekhwan Nazari

Author