Connect with us

Terkini

Benarkah SJKC lebih berkualiti berbanding sekolah kebangsaan? – Ridhuan Tee

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah
  • Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan peraturan semasa terdapat sekitar 18 peratus pelajar di SJKC terdiri daripada bukan kaum Cina, termasuk kira-kira 15 peratus pelajar Melayu, manakala selebihnya adalah pelajar India dan bumiputera lain.
  • “Kualiti pendidikan dan disiplin di SJKC tidaklah sehebat yang digambarkan sehingga boleh memandang rendah kepada sistem pendidikan kebangsaan. Logiknya, demi survival, ultra kiasu mesti mempertahankannya, kalau tidak, siapa lagi?” katanya.
  • Namun, pandangan beliau terhadap SJKC bukan hanya berpaksikan kualiti pendidikan semata-mata, sebaliknya disebabkan oleh pelbagai pertimbangan lain seperti lokasi sekolah, keperluan pasaran kerja serta kesedaran terhadap kepentingan menguasai bahasa asing.

 

KUALA LUMPUR – Persoalan besar yang masih menjadi perdebatan kini, benarkah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) benar-benar lebih baik berbanding sekolah kebangsaan lain, atau sekadar persepsi yang telah lama terbentuk dalam masyarakat?

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan peraturan semasa terdapat sekitar 18 peratus pelajar di SJKC terdiri daripada bukan kaum Cina, termasuk kira-kira 15 peratus pelajar Melayu, manakala selebihnya adalah pelajar India dan bumiputera lain.

“Kualiti pendidikan dan disiplin di SJKC tidaklah sehebat yang digambarkan sehingga boleh memandang rendah kepada sistem pendidikan kebangsaan. Logiknya, demi survival, ultra kiasu mesti mempertahankannya, kalau tidak, siapa lagi?” katanya.

Namun, pandangan beliau terhadap SJKC bukan hanya berpaksikan kualiti pendidikan semata-mata, sebaliknya disebabkan oleh pelbagai pertimbangan lain seperti lokasi sekolah, keperluan pasaran kerja serta kesedaran terhadap kepentingan menguasai bahasa asing.

“Ada yang menghantar anak ke SJKC kerana sekolah itu lebih dekat dengan rumah, malah ada juga yang beranggapan penguasaan bahasa Mandarin penting untuk peluang pekerjaan di masa depan. Bukan semuanya kerana kononnya sistem pendidikan mereka lebih hebat,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, terdapat juga ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak ke SJKC atas dasar dakwah dan keinginan untuk memahami bahasa lain demi memudahkan komunikasi serta hubungan antara kaum.

“Kesedaran ini menjadikan sebahagian orang Melayu menghantar anak ke SJKC, bukan sebab kegaguman terlampau terhadap sistemnya, tapi kerana tanggungjawab agama dan keperluan dakwah. Dakwah perlu disampaikan dalam bahasa yang difahami Masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ridhuan mendakwa di sebalik pujian terhadap kualiti serta disiplin pelajar SJKC, masih wujud masalah lain yang jarang diketengahkan kepada umum, termasuk tekanan akademik yang melampau serta sikap perkauman yang menebal.

“Ramai murid SJKC tertekan kerana terlalu banyak kerja rumah. Ada yang sampai menjejaskan kesihatan mental. Malah, kegagalan pelajar SJKC dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga tidak pernah dihebahkan,” katanya.

Tambah beliau, isu penguasaan bahasa kebangsaan perlu diberi perhatian serius kerana ia berkait rapat dengan usaha membina perpaduan nasional.

“Kalau benar mahu capai perpaduan, anak Cina sepatutnya digalakkan masuk sekolah kebangsaan supaya mereka boleh menguasai bahasa Melayu. Tapi malangnya, yang berlaku sebaliknya,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan SJKC sebagai ‘talian hayat’ kepada parti politik tertentu yang sentiasa mempertahankan institusi tersebut demi kepentingan sendiri.

“SJKC ini adalah talian hayat kepada ultra kiasu DAP. Mereka akan terus mempertahankannya kerana dari situ lahirnya generasi yang ditanam dengan persepsi kerajaan buruk, yang baik hanya mereka.

“Jika SJKC benar-benar bagus serta dijamin kualiti yang tinggi dan mahu terus dengan cara sendiri, biarlah mereka urus dan biayai sepenuhnya. Jangan lagi kerajaan tanggung. Gunalah dana sendiri, bayar gaji guru sendiri,” katanya

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara ini jelas menunjukkan bahawa persepsi unggul terhdap SJKC tidaklah seindah realiti sebenar.

Walaupun sering dijadikan penanda aras kepada sistem pendidikan terbaik, hakikatnya masih banyak kelemahan yang perlu diperhalusi, terutama dari segi keseimbangan akademik, tekanan terhadap pelajar serta tahap penguasaan bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan murid.

Beliau menegaskan sudah tiba masanya masyarakat menilai semula persepsi terhadap SJKC agar tidak terus terperangkap dalam pandangan yang hanya melihat satu sisi semata-mata. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author