Connect with us

Terkini

Muhyiddin kritik ‘sambutan keterlaluan’ PM terhadap Trump

Published

on

Foto: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tindakan tersebut menimbulkan persoalan serius mengenai maruah diplomatik Malaysia serta menjejaskan sensitiviti rakyat terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza.
  • “Sambutan yang penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar. Adakah Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan?”
  • “Sambutan meriah yang diberikan kepada Trump adalah tidak wajar sama sekali, terutama ketika rakyat Palestin yang masih sedang bermandi darah dan mati kebuluran di bumi Gaza,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengkritik sambutan keterlaluan yang diberikan  oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sewaktu ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Muhyiddin menegaskan  tindakan Anwar menimbulkan persoalan mengenai maruah diplomatik Malaysia serta menjejaskan sensitiviti rakyat terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

“Sambutan yang penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar. Adakah Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menambah bahawa sambutan sebegitu memberi gambaran seolah-olah Malaysia terlalu teruja meraikan tokoh yang jelas menyokong jenayah genosid terhadap rakyat Palestin.

“Sambutan meriah yang diberikan kepada Trump adalah tidak wajar sama sekali, terutama ketika rakyat Palestin yang masih sedang bermandi darah dan mati kebuluran di bumi Gaza,” ujarnya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menekankan bahawa Donald Trump merupakan simbol keangkuhan dasar luar Amerika Syarikat dan sambutan berlebihan terhadapnya dianggap memalukan imej Malaysia.

Muhyiddin menyeru Kerajaan agar mengutamakan maruah dan prinsip kemanusiaan dalam setiap tindakan diplomatik, terutamanya ketika rakyat Palestin sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang serius.  – The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author