Connect with us

Terkini

Malaysia kekal tegas tidak eksport REE mentah – Dr Afzanizam

Published

on

Foto: Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

 

  • Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Amerika Syarikat pula dilihat bersedia untuk membantu Malaysia ke arah membina sektor downstream.
  • “Dari segi REE, Malaysia masih mengekalkan pendirian untuk tidak mengeksport REE dalam bentuk mentah. Pihak AS pula dilihat bersedia untuk membantu ke arah membina sektor downstream. Sudah pasti ini akan mewujudkan aliran masuk FDI ke negara ini,” katanya sewaktu dihubungi The Merdeka Times.

 

KUALA LUMPUR — Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak mengeksport unsur nadir bumi (REE) dalam bentuk mentah, sekali gus menegaskan komitmen kerajaan terhadap pembangunan sektor hiliran bernilai tambah tinggi di dalam negara.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Amerika Syarikat pula dilihat bersedia untuk membantu Malaysia ke arah membina sektor downstream.

“Dari segi REE, Malaysia masih mengekalkan pendirian untuk tidak mengeksport REE dalam bentuk mentah. Pihak AS pula dilihat bersedia untuk membantu ke arah membina sektor downstream. Sudah pasti ini akan mewujudkan aliran masuk FDI ke negara ini,” katanya sewaktu dihubungi The Merdeka Times.

Beliau berkata tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha memperkukuh kerjasama perniagaan dalam ekosistem sektor REE, terutamanya dalam sektor hiliran, termasuk pembinaan kapasiti, latihan, dan akses kepada pembiayaan bagi menaik taraf firma tempatan yang mahu menceburi bidang tersebut.

Menurut beliau, agensi kerajaan seperti MITI dan agensi berkaitan telah melakukan due diligence terhadap perjanjian yang mahu dimeterai, dengan mengambil kira kepentingan sektor ekonomi tempatan.

“Yang penting sekarang ialah bagaimana kerajaan menyediakan program capacity building kepada usahawan tempatan terutama PMKS bagi memastikan integrasi mereka dalam rantaian bekalan global,” jelasnya.

Beliau menambah, perdagangan antarabangsa perlu dilihat sebagai hubungan dua hala yang menuntut keseimbangan kepentingan, sambil menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai negara berdaulat yang bebas menentukan hala tuju ekonominya melalui pelbagai perjanjian seperti CPTPP, RCEP dan FTA lain.

Semalam media melaporkan, Malaysia komited kepada pembangunan segera sektor mineral penting dan unsur nadir bumi dengan kerjasama syarikat dari Amerika Syarikat (AS), termasuk memberikan lesen operasi lanjutan bagi mewujudkan kepastian untuk perniagaan meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Malaysia dan AS dalam satu pernyataan bersama berkata Malaysia komited untuk tidak mengenakan sekatan atau kuota ke atas eksport mineral penting atau unsur nadir bumi ke AS.

“Malaysia komited untuk memastikan tiada sekatan dikenakan ke atas jualan magnet nadir bumi kepada syarikat AS,” demikian menurut Pernyataan Bersama mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas AS-Malaysia yang dikeluarkan oleh White House.-The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author