Connect with us

Terkini

Perjanjian perdagangan AS-Malaysia berat sebelah, beban kewangan besar kepada negara – Isham Jalil

Published

on

Foto: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Isham Jalil
  • Menurut Isham, perjanjian tersebut diibaratkan sebagai “serah tengkok” daripada rundingan perdagangan yang seimbang, apabila Malaysia dikatakan perlu menanggung pelbagai komitmen bernilai hampir USD250 bilion (lebih RM1 trilion).
  • “Jumlah ini adalah lebih separuh daripada saiz ekonomi Malaysia…Di manakah kita hendak mencari duit untuk bayar semua ini, tambah hutang lagi?,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Isham Jalil mempersoal rasional dan kemampuan kerajaan dalam menandatangani Perjanjian Perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, yang didakwanya memberi komitmen kewangan terlalu besar kepada negara.

Menurut Isham, perjanjian tersebut diibaratkan sebagai “serah tengkok” daripada rundingan perdagangan yang seimbang, apabila Malaysia dikatakan perlu menanggung pelbagai komitmen bernilai hampir USD250 bilion (lebih RM1 trilion).

“Antara komitmen tersebut termasuk pembelian 30 buah kapal terbang dengan opsyen tambahan 30 buah lagi; pembelian barangan aeroangkasa dan semikonduktor bernilai USD150 bilion; serta pembelian sehingga 5 juta tan Gas Asli Cecair (LNG) setahun bernilai USD3.4 bilion.

“Selain arang batu, produk dan perkhidmatan telekomunikasi bernilai USD204.10 juta, Malaysia turut berjanji untuk melabur dana modal sebanyak USD70 bilion di Amerika Syarikat.

“Ini semua komitmen berjumlah hampir USD250 billion atau lebih RM1 Trillion, dan jumlah ini adalah lebih separuh daripada saiz ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebaliknya, menurut beliau, Amerika Syarikat hanya mengenakan tarif sebanyak 19 peratus terhadap Malaysia serta bersetuju kepada tiga komitmen bersama.

“Di manakah kita hendak cari duit untuk bayar semua ini, tambah hutang lagi?

“‘Skill rundingan’ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bijak, tetapi apa yang berlaku menunjukkan sebaliknya,” jelasnya.

Terdahulu media melaporkan, Malaysia komited kepada pembangunan segera sektor mineral penting dan unsur nadir bumi dengan kerjasama syarikat dari Amerika Syarikat (AS), termasuk memberikan lesen operasi lanjutan bagi mewujudkan kepastian untuk perniagaan meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Malaysia dan AS dalam satu pernyataan bersama berkata Malaysia komited untuk tidak mengenakan sekatan atau kuota ke atas eksport mineral penting atau unsur nadir bumi ke AS. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author