Connect with us

Terkini

Seleweng dana zakat: SPRM tahan seorang lagi individu

Published

on

Foto: SPRM
  • Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
  • “Suspek dipercayai bersekongkol bagi memudahkan proses permohonan insentif modal perniagaan yang dikeluarkan oleh sebuah badan berkanun,” katanya.
  • Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan kakitangan badan berkanun disyaki bersubahat dengan sorang suspek wanita yang sebelum ini ditahan SPRM pada Ahad lepas.

“Suspek dipercayai bersekongkol bagi memudahkan proses permohonan insentif modal perniagaan yang dikeluarkan oleh sebuah badan berkanun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ahad lepas, media melaporkan seorang wanita yang juga bekas pekerja sebuah badan berkanun direman selama empat hari bermula 19 Oktober kerana disyaki terbabit kes sama.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh remannya tamat semalam. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author