Terkini
Polis tahan remaja 14 tahun disyaki lakukan gangguan seksual
- Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu suspek telah melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu rehat.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan lain di sebuah sekolah di Sabak Bernam, dekat sini, 13 Oktober lepas.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu suspek telah melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu rehat.
“Tangkapan dilakukan pada hari sama (13 Okt) di Jalan Parit, Sungai Besar dan permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan bermula 14 Oktober hingga esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – BERNAMA
Please follow and like us:
Teruskan Membaca