Connect with us

Agama

Disiplin solat awal usia, benteng remaja elak pengaruh negatif – Asyraf Wajdi

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, usaha mendisiplinkan anak-anak untuk menjaga solat perlu bermula sejak kecil lagi dan tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.
  • “Ada sebab saya sering ingatkan pelajar MARA untuk jaga solat kerana solat mampu menjadi pendinding dan pemelihara diri daripada segala perbuatan keji dan mungkar dalam zaman edan yang amat mencabar masa kini.
  • “Jangan pernah rasa kasihan untuk mengejutkan anak bangun subuh kerana biar dia mengenal erti dan makna tanggungjawab kepada Tuhannya,” jelasnya.

KUALA LUMPUR – Solat bukan sekadar kewajipan agama, tetapi juga benteng utama dalam membentuk keperibadian dan jati diri remaja masa kini, terutamanya dalam era mencabar yang dipenuhi pelbagai pengaruh negatif.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, usaha mendisiplinkan anak-anak untuk menjaga solat perlu bermula sejak kecil lagi dan tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.

“Ada sebab saya sering ingatkan pelajar MARA untuk jaga solat kerana solat mampu menjadi pendinding dan pemelihara diri daripada segala perbuatan keji dan mungkar dalam zaman edan yang amat mencabar masa kini.

“Buat ibubapa, tolonglah jangan sesekali pandang remeh dan enteng bab mendidik, melatih dan mendisiplin anak untuk solat sejak seawal usia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menyeru agar ibu bapa memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk disiplin anak-anak dalam aspek kerohanian, terutamanya berkaitan solat lima waktu.

Tambah beliau, solat bukan hanya membentuk hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga mendidik remaja tentang disiplin, tanggungjawab dan keinsafan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Jangan pernah rasa kasihan untuk mengejutkan anak bangun subuh kerana biar dia mengenal erti dan makna tanggungjawab kepada Tuhannya….agar kelak dia akan juga mengerti bahawa keberadaan Tuhan sentiasa memerhati dan berada di sisinya,” jelasnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author