Connect with us

Ekonomi

Hutang bukan beban jika disalur kepada pembangunan produktif – Penganalisis

Published

on

Foto: Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid
  • Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid, berkata kadar hutang semasa sekitar 65 peratus daripada KDNK memang kelihatan membimbangkan secara zahir, namun perlu dinilai dari segi kesan dan manfaat jangka panjang kepada negara.
  • “Kalau hutang itu disalurkan kepada projek pembangunan yang menjana pulangan serta kelestarian kepada negara dan memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi, maka ia adalah hutang yang produktif dan strategik,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Hutang kerajaan tidak seharusnya dilihat sebagai beban semata-mata, sebaliknya boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekiranya disalurkan kepada projek-projek pembangunan yang produktif dan strategik.

Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid, berkata hutang yang digunakan dengan berhemah bagi tujuan menjana pulangan dan kelestarian ekonomi negara merupakan langkah pelaburan yang wajar serta boleh diterima.

Menurut beliau, kadar hutang semasa sekitar 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) memang kelihatan membimbangkan secara zahir, namun perlu dinilai dari segi kesan dan manfaat jangka panjang kepada negara.

“Kalau hutang itu disalurkan kepada projek pembangunan yang menjana pulangan serta kelestarian kepada negara dan memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi, maka ia adalah hutang yang produktif dan strategik,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam konteks kerajaan campuran yang dikategorikan agak rapuh, langkah perbelanjaan tertentu tidak dapat dielakkan demi memastikan kestabilan sosial dan ekonomi terus terpelihara.

“Kestabilan ekonomi penting untuk meyakinkan pelabur luar dan rakyat sendiri agar terus berbelanja dan melabur, sekali gus merancakkan ekonomi,” ujarnya.

Dr Baharom menegaskan, yang paling utama ialah pengurusan hutang dan perbelanjaan secara berhemah, selain kejelasan terhadap hala tuju pembangunan negara bagi mengelak Malaysia daripada terjebak dalam krisis hutang pada masa depan.-The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author