Connect with us

Terkini

Pemilik kenderaan lebih 20 tahun terima inisiatif geran sehingga RM4,000 galak pelupusan

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil memandangkan kenderaan lama bukan sahaja tidak lagi ekonomik, malah turut berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
  • “Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional telah menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baru.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan inisiatif geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik kenderaan lama yang berusia lebih 20 tahun melupuskan kenderaan mereka dan membeli kenderaan nasional baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil memandangkan kenderaan lama bukan sahaja tidak lagi ekonomik, malah turut berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, inisiatif berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat pengeluar kenderaan nasional sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan ke arah mobiliti lebih selamat, bersih dan mampan.

“Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional telah menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baru.

“Galakan tersebut bagi kereta melebihi usia 20 tahun yang tidak ekonomik berisiko menjejaskan keselamatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat baru-baru ini. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author