Connect with us

Terkini

Polis siasat video pacuan empat roda bertulisan Hebrew tular di media sosial

Published

on

Foto: Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar

 

  • Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka, pada 7 Oktober lalu jam 3.32 petang.
  • “Semakan lanjut mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

MELAKA –Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan pelekat bertulisan Hebrew.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka, pada 7 Oktober lalu jam 3.32 petang.

Menurut beliau, laporan dibuat selepas pengadu melihat video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial Threads, memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu yang mempunyai pelekat bertulisan Hebrew pada bahagian belakangnya.

“Siasatan polis mendapati tulisan tersebut membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita / Malaysia di tangan kami’.

“Semakan lanjut mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.

Datuk Dzulkhairi turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penyebaran video tersebut sementara siasatan dijalankan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author