Connect with us

Terkini

BERSIH kecam tindakan Israel, desak bebaskan aktivis flotilla

Published

on

Foto: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)

 

  • BERSIH berpendirian bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan telah diisytiharkan sebagai melakukan jenayah genosida oleh pelbagai badan antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
  • “Pihak BERSIH juga ingin menegaskan bahawa BERSIH berdiri teguh bersama rakan-rakan aktivis GSF dan rakyat Gaza di negara berdaulat Palestin,” ujarnya

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam tindakan rejim Zionis Israel yang memintas dan menculik kru kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke perairan Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan.

BERSIH dalam satu kenyataan berkata setakat ini, sebanyak sembilan kapal yang terlibat dalam misi tersebut telah dipintas oleh Israel iaitu kapal Deir Yassine/Mali, Huga, Spectre, Adara, Alma, Sirius, Aurora, Grande Blue dan Hio.

“Dalam masa sama, Israel juga telah menculik kru-kru di dalam kapal dan 12 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

“Masyarakat antarabangsa wajib mengecam dan mendesak Israel untuk segera bebaskan aktivis kemanusiaan yang ditahan serta menarik balik tentera mereka yang sedang memintas kapal-kapal GSF yang sedang menghantar bantuan,” katanya hari ini.

BERSIH berpendirian bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan telah diisytiharkan sebagai melakukan jenayah genosida oleh pelbagai badan antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

“Israel tidak mempunyai bidang kuasa di perairan antarabangsa terutama di perairan Gaza yang sedang mereka sekat untuk menghalang bantuan-bantuan kemanusiaan.

“Pihak BERSIH juga ingin menegaskan bahawa BERSIH berdiri teguh bersama rakan-rakan aktivis GSF dan rakyat Gaza di negara berdaulat Palestin,” ujarnya – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author