Connect with us

Politik

“PAS cuba jadi tuan rumah, Bersatu penyewa” – Mahfuz Omar

Published

on

Foto: Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar

 

  • Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin jelas kelihatan.
  • “Lebih ketara, keretakan ini turut mengheret hubungan Bersatu dengan PAS ke tahap lebih rapuh. Hakikatnya, PAS tidak lagi menunjukkan minat kepada kepimpinan Muhyiddin mahupun Azmin, sebaliknya lebih mesra dengan kem Hamzah,” – Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar

 

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin jelas kelihatan, khususnya selepas berlangsungnya perhimpunan tahunan parti itu baru-baru ini.

Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar, dalam kenyataan medianya berkata, apa yang sepatutnya menjadi medan memperkukuh perpaduan parti telah bertukar menjadi gelanggang pertembungan dua kem besar iaitu kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdepan kem Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya, keretakan ini bukan sahaja menggugat keyakinan ahli akar umbi, malah menimbulkan persoalan besar sama ada Bersatu masih mampu berfungsi sebagai sebuah parti politik yang stabil.

“Lebih ketara, keretakan ini turut mengheret hubungan Bersatu dengan PAS ke tahap lebih rapuh. Hakikatnya, PAS tidak lagi menunjukkan minat kepada kepimpinan Muhyiddin mahupun Azmin, sebaliknya lebih mesra dengan kem Hamzah,” katanya.

Mahfuz menegaskan situasi tersebut mendedahkan kedudukan sebenar Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu tidak lagi sebagai rakan setara tetapi sekadar pelengkap yang bergantung kepada belas ihsan PAS.

“Dalam Perikatan Nasional, PAS sedang cuba jadi tuan rumah manakala Bersatu sebagai penyewa,” ujar beliau.

Katanya lagi, jika rumah tangga sendiri pun tidak mampu dipertahankan, maka timbul keraguan sama ada Bersatu dan PAS boleh diyakini sebagai parti yang mampu memimpin negara.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author