Connect with us

Terkini

(VIDEO) Firdaus Wong persoal pendakwah didakwa kes seksual masih bebas mengajar di Kelantan

Published

on

Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong
  • “Wajarkah beliau terus dibenarkan mengajar atau sepatutnya digantung tauliahnya (jika ada) sehingga kesnya selesai? Pemain bola sepak profesional di Eropah yang disiasat atau didakwa pun akan digantung oleh kelab mereka sehingga selesai kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
  • Kes membabitkan Aswadi bin Yah atau Abuya sebelum ini menarik perhatian umum selepas beberapa pertuduhan amang seksual difailkan terhadapnya, melibatkan mangsa yang merupakan pelajar tahfiz

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan kewajaran seorang individu dikenali sebagai Aswadi bin Yah atau Abuya, yang kini berdepan sekurang-kurangnya 15 pertuduhan berkaitan kesalahan seksual serta memiliki bahan lucah, masih dibenarkan meneruskan aktiviti mengajar agama.

Menurutnya, Aswadi yang baru sahaja didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Rabu lalu atas enam lagi pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun, dilihat tetap meneruskan program di madrasah miliknya, Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah di Tumpat, Kelantan, sejurus selepas prosiding mahkamah.

“Wajarkah beliau terus dibenarkan mengajar atau sepatutnya digantung tauliahnya (jika ada) sehingga kesnya selesai?

“Pemain bola sepak profesional di Eropah yang disiasat atau didakwa pun akan digantung oleh kelab mereka sehingga selesai kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Firdaus menegaskan, institusi agama di Malaysia seharusnya lebih profesional dalam menangani isu sensitif melibatkan dakwaan jenayah seksual terhadap individu yang berperanan sebagai guru agama.

“Saya berharap institusi agama boleh bertindak lebih profesional daripada kelab bola sepak Eropah. Harap ada maklum balas positif daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik),” ujarnya.

Kes membabitkan Aswadi sebelum ini menarik perhatian umum selepas beberapa pertuduhan amang seksual difailkan terhadapnya, melibatkan mangsa yang merupakan pelajar tahfiz.-The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author