Connect with us

Terkini

Abuya dituduh lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

Published

on

Foto: Mudir sebuah pondok di Kelantan, Mohamad Aswadi Yah, 46
  • Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini.
  • Difahamkan mudir sebuah pondok di Kelantan itu melakukan perbuatan terbabit pada 15 Februari lalu di sebuah premis di Jalan Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam.
  • Dalam pada itu, tertuduh berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

KUALA TERENGGANU – Mudir sebuah pondok di Kelantan yang dikenali sebagai Abuya berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanim Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi.

Difahamkan tertuduh melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu di sebuah premis di Jalan Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam.

Abuya didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tertuduh berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Sementara itu, bagi kedua-dua pertuduhan, pihak Mahkamah membenarkan Abuya diikat jamin RM18,000 dan menetapkan 5 November depan bagi tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki serta memiliki gambar lucah. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author