Terkini
Golongan bukan Muslim perlu elak komen isu berkaitan Islam – Pensyarah
- Pensyarah UCSI University, Prof. Dr. Mohd Tajuddin Mohd Rasdi menegaskan sebaiknya golongan bukan Islam perlu elak berinteraksi terhadap isu tanpa mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
- “Salah satu cara buat mereka (bukan beragama Islam) untuk memberi reaksi kepada apa-apa isu berkenaan Islam ialah dengan tidak memberi sebarang pandangan atau komen mengenainya.
- “Kebanyakan daripada golongan ini tidak menyukaiya kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara dan melontarkan pandangan, jika mereka mahu mencabar, cuba lakukannya, bernasib baik rumah tidak dibakar (oleh pihak ekstremis),” katanya dalam satu klip video podcast.
KUALA LUMPUR – Individu, khususnya yang bukan beragama Islam tidak perlu melontarkan sebarang pandangan terhadap isu sensitif, khususnya yang berkait dengan agama Islam.
Pensyarah UCSI University, Prof. Dr. Mohd Tajuddin Mohd Rasdi menegaskan sebaiknya golongan bukan Islam perlu elak berinteraksi terhadap isu tanpa mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
“Salah satu cara buat mereka (bukan Islam) untuk memberi reaksi kepada apa-apa isu berkenaan Islam ialah dengan tidak memberi sebarang pandangan atau komen mengenainya.
“Kebanyakan daripada golongan ini tidak menyukainya kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara dan melontarkan pandangan, jika mereka mahu mencabar, cuba lakukannya, bernasib baik rumah tidak dibakar (oleh pihak ekstremis),” katanya dalam satu klip video podcast.
Terdahulu, media melaporkan, MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan COO, Andrew Chong, berikutan kenyataannya di media sosial mengenai hukuman yang dikenakan ke atas lelaki Islam di Terengganu yang gagal menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah.
Ia susulan Kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa lelaki Islam di negeri itu yang tidak menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Mengulas lanjut, Mohd Tajuddin menjelaskan golongan bukan Islam boleh mendapatkan pandangan melalui golongan bertauliah bagi lebih memahami sesuatu isu itu.
“Saya juga cuba memberi amaran, jika individu tidak menyukai, ia tidak mengapa, saya pun tidak menyukainya tetapi sebaiknya beradaptasi dan belajar untuk hidup dengannya.
“Jadi bila isu mengenai Islam timbul, alkohol dan lain-lain, cuba dapatkan orang yang berkemahiran atau bertauliah, tanya dengan sopan bagi memahami perkara tesebut,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pentingnya fahami situasi serta konteks sebelum melontarkan pandangan.
“Nasihat saya, cara yang paling terbaik ialah untuk tidak memberi sebarang komen mengenainya, kebebasan bersuara bukan bermakna keperluan untuk bersuara setiap masa, kita perlu bijak serta lihat kepada konteks dan situasinnya,” katanya. – The Merdeka Times
@letsgetitpodcast Lets Get It Podcast EP. 119 – Non Malays, Don’t Say Anything! Ft. Prof. Tajuddin Rasdi Professor Tajuddin is a Lecturer of Islamic Architecture at UCSI & UTM, PHD holder in Philosophy, writer for several local News Outlets and a lifelong academic. He has a voice not many Malaysians dare to show. #myburgerlab #malaysia #fyp #singapore #politics