Connect with us

Terkini

(VIDEO) Melayu perlu bersatu pertahan hak, Isu Kampung Sungai Baru jadi pengajaran – PEJUANG

Published

on

Foto: Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali
  • “Tanah adalah kuasa. Jika kita hilang tanah, maka kita juga hilang kuasa. Pesanan saya ikhlas, orang Melayu mesti bersatu dan berusaha untuk bersuara serta menyatakan rasa tidak puas hati.
    Hari ini kejadian menimpa penduduk Kampung Sungai Baru, esok mungkin berlaku pula di tempat lain.” – Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali, menyeru masyarakat khususnya orang Melayu agar bersatu mempertahankan hak mereka supaya insiden seperti di Kampung Sungai Baru tidak berulang pada masa akan datang.

Menurut beliau, tanah merupakan simbol kuasa dan kedudukan rakyat.

“Tanah adalah kuasa. Jika kita hilang tanah, maka kita juga hilang kuasa. Pesanan saya ikhlas, orang Melayu mesti bersatu dan berusaha untuk bersuara serta menyatakan rasa tidak puas hati.

“Hari ini kejadian menimpa penduduk Kampung Sungai Baru, esok mungkin berlaku pula di tempat lain,” katanya ketika ditemui media di lokasi operasi pengosongan rumah di sini hari ini.

Muhammad Rafique menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar soal bangsa, sebaliknya mencerminkan jurang kelas antara golongan berkuasa dan rakyat biasa.

“Saya nak tekankan, ini bukan hanya melibatkan orang Melayu. Ini adalah ‘perang kelas’ antara golongan kaya, berpangkat dan berduit dengan rakyat marhaen.

“Hak rakyat untuk bersuara tetap ada. Hak untuk bercakap, pergi ke mahkamah, itu semua ada. Cuma saya mohon pemaju gunakan budi bicara,” jelasnya.

Tambahnya, rakyat tidak boleh berhenti bersuara kerana kehilangan tanah bermakna kehilangan maruah dan kuasa.

“Rumah ini kalau hilang, tanah ini kalau hilang, kuasa pun hilang. Jadi rakyat Malaysia mesti teruskan bersuara,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa kebebasan bersuara perlu digunakan secara berhemah.

“Dari segi undang-undang, kita ada hak untuk bersuara, buat protes, dan menunjukkan rasa tidak puas hati. Tetapi tiada hak untuk bertindak melampaui batas.

Jika ada pihak yang sengaja menimbulkan kekecohan, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya.-The Merdeka Times.

 

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author