Connect with us

Terkini

Kerajaan Selangor tolak dakwaan lebih 200 sekolah agama tutup

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah
  • Kerajaan negeri tiada cadangan atau sebarang perancangan untuk melakukan perkara tersebut.
  • Kerajaan negeri juga telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada sekolah-sekolah agama di negeri ini demi penambahbaikan sekolah di samping masa depan pelajar-pelajar juga.
  • Video yang tular itu adalah video yang dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab, justeru itu, aduan rasmi telah dilakukan kepada pihak Kementerian Komunikasi bagi menyiasat akaun TikTok yang menyebarkan rakaman berkenaan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan berhubung lebih 200 sekolah agama rakyat di negeri ini diarahkan keluar dari premis perniagaan sehingga menjejaskan kira-kira 40,000 pelajar.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah menegaskan kerajaan negeri tiada cadangan atau sebarang perancangan untuk melakukan perkara tersebut.

“Saya ingin menegaskan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor langsung tiada cadangan atau perancangan untuk menutup sebarang sekolah agama buat masa ini.

“Malahan, kerajaan negeri juga telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada sekolah-sekolah agama di negeri ini demi penambahbaikan sekolah di samping masa depan pelajar-pelajar juga,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Tambahnya, video yang tular itu adalah video yang dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, aduan rasmi telah dibuat kepada pihak Kementerian Komunikasi bagi menyiasat akaun TikTok yang menyebarkan rakaman berkenaan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa video yang tular itu merupakan klip video pada tahun 2023 atau video lama yang dikitar semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan, Gabungan NGO Islam Selangor dalam satu sidang media mendakwa lebih 200 sekolah agama rakyat di Selangor menerima surat amaran untuk keluar daripada premis perniagaan dan dipaksa membayar saman, sekali gus menjejaskan 40,000 pelajar Islam. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author