Connect with us

Terkini

Kemenangan besar PN di Padang Serai mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran PH-BN

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin menyifatkan kemenangannya di kerusi Parlimen Padang Serai semalam sebagai bukti penolakan rakyat terhadap kerajaan campuran PH-BN.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Kemenangan besar PN di Padang Serai mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran PH-BN
Foto: Datuk Azman Nasrudin.
  • Calon PN, Datuk Azman Nasrudin, mengakui kemenangannya di kerusi Parlimen Padang Serai adalah sebagai bukti rakyat menolak kerajaan campuran PH-BN.
  • “Saya juga percaya keputusan ini adalah satu mesej jelas daripada rakyat yang menolak Kabinet Kleptokrat serta membantah perlantikan TPM 1.
  • “Ia juga satu signal yang jelas bahawa PM baharu kita untuk berhati-hati kerana rakyat sentiasa menghakimi keputusan yang dibuat oleh beliau,” katanya.
  • Dalam perkembangan lain, PN Kedah termasuk Menteri Besarnya, dan kepemimpinan lain turut sama-sama berkempen di Padang Serai. 
  • Kini, PN yang menjadi pembangkang memiliki 74 kerusi di Dewan Rakyat dengan kemenangan Azman.

KUALA LUMPUR – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin menyifatkan kemenangannya di kerusi Parlimen Padang Serai semalam sebagai bukti penolakan rakyat terhadap kerajaan campuran PH-BN.

Beliau juga percaya ia signal kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rakyat menilai setiap tindak tanduknya mengetuai kerajaan persekutuan.

“Saya juga percaya yang keputusan ini adalah satu mesej jelas daripada rakyat Malaysia dan warga Padang Serai yang menolak Kabinet Kleptokrat serta membantah perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah sebagai TPM 1. 

“Ia juga satu signal yang jelas bahawa Perdana Menteri baharu kita untuk berhati-hati kerana rakyat sentiasa menghakimi keputusan yang dibuat oleh beliau,” katanya dalam kenyataan selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Padang Serai semalam.

Terdahulu, Azman diumumkan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi. 

Dengan majoriti 16,620 undi, Azman jauh meninggalkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi serta calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.

Kini, PN yang menjadi pembangkang memiliki 74 kerusi di Dewan Rakyat dengan kemenangan Azman.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas turut mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas kemenangan dengan majoriti besar PN.

“Saya bersyukur dan ini adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Perikatan Nasional.

“Terutamanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi calon Perikatan Nasional di P.017 Padang Serai.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi di Padang Serai kerana memilih saya sebagai wakil rakyat Padang Serai,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada jentera parti di Kedah dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammed Sanusi Md Nor serta kepemimpinan lain yang turut sama-sama berkempen di Padang Serai. 

“Saya sangat terharu dan berterima kasih. Saya beraspirasi untuk bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat yang lain yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU15 ini untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dan memantau tindak tanduk Kerajaan Campuran PH-BN,” katanya. – The Merdeka Times

Author