Connect with us

Teknologi

MCMC padam 31 akaun palsu NSRC di Facebook

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai malah turut menggugat usaha serta menjejaskan fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.
  • Maklumat rasmi mengenai NSRC hanyah boleh diperoleh melalui saluran agensi penguat kuasa yang sah.
  • MCMC akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu, demi keselamatan pengguna internet di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti dan memadam sebanyak 31 akaun palsu di Facebook yang menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai malah turut menggugat usaha serta menjejaskan fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.

“Pihak MCMC ingin menegaskan bahawa maklumat rasmi mengenai NSRC hanyah boleh diperoleh melalui saluran agensi penguat kuasa yang sah.

“Orang ramai digesa sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang akaun atau mesej yang meragukan kepada pihak berkuasa, serta bersama mempertahankan integriti NSRC,” katanya semalam.

Tambah MCMC, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu, demi keselamatan pengguna internet di Malaysia. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author