Connect with us

Terkini

Wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia

Published

on

Foto: Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin
  • Wanita berusia 41 tahun itu dihantar ke hospital berkenaan mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), selepas remannya berakhir semalam.
  • Siasatan kes ini telah selesai dijalankan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak dan akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara, Putrajaya pada 4 September bagi mendapatkan arahan serta keputusan lanjut.
  • Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat kerana  boleh mengganggu proses siasatan dan menggugat ketenteraman awam.

IPOH – Wanita tempatan yang cuba mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan untuk pemantauan lanjut.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata wanita berusia 41 tahun itu dihantar ke hospital berkenaan mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), selepas remannya berakhir semalam.

“Siasatan kes ini telah selesai dijalankan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak dan akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara, Putrajaya pada 4 September bagi mendapatkan arahan serta keputusan lanjut.

“Sebarang perkembangan lanjut berhubung keputusan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat kerana  boleh mengganggu proses siasatan dan menggugat ketenteraman awam.

Pada 31 Ogos lepas, wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri dan rekod lampau berkaitan dadah itu ditahan polis ketika cuba mendekati Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author