Connect with us

Terkini

756 projek pembangunan semula bangunan daif sekolah siap dibina

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh
  • 756 projek telah siap, 197 projek pada fasa bina dan 222 projek pada fasa prabina.
  • Sejak dari tahun 2016 hingga Ogos 2025 kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di seluruh Malaysia dengan kos projek berjumlah RM12.477 bilion.
  • Di Sarawak, kerajaan telah meluluskan sebanyak 390 projek pembanguan semula bangunan daif di sekolah dengan kos projek berjumlah RM3.847 bilion.

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh memaklumkan sebanyak 756 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di seluruh Malaysia telah siap dibangunkan.

Menurut beliau, jumlah tersebut meliputi sebanyak 1,175 projek yang sedang dilaksanakan.

“Daripada jumlah itu, 756 projek telah siap, 197 projek pada fasa bina dan 222 projek pada fasa prabina.

“Sejak dari tahun 2016 hingga Ogos 2025 kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di seluruh Malaysia dengan kos projek berjumlah RM12.477 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Pele Peter Tinggom mengenai bilangan sekolah daif di Sarawak dan kos keseluruhan yang terlibat bagi pelaksanaan projek naik taraf.

Jelasnya, bagi negeri Sarawak, kerajaan telah meluluskan sebanyak 390 projek pembanguan semula bangunan daif di sekolah dengan kos projek berjumlah RM3.847 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, 265 projek telah siap, 60 pada fasa bina dan 65 pada fasa prabina.

“Khusus di Parlimen Saratok, termasuk DUN Kabong, Kalaka dan Krian, kerajaan telah meluluskan sebanyak 16 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah dengan kos projek berjumlah RM269.76 juta.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan projek telah siap, tiga projek pada fasa bina dan lima projek pada fasa prabina,” ujarnya. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author