Connect with us

Terkini

Perbelanjaan SARA cecah RM110 juta

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Lebih 900 ribu rakyat berjaya menyempurnakan perbelanjaan mencecah RM60 juta di seluruh negara dengan keseluruhan lebih 1.7 juta penerima telah berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari (Ahad dan Isnin).
  • Orang ramai dinasihatkan untuk merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pagi pada hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan urusan pembelian.
  • Kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan nilai perbelanjaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencecah sebanyak RM110 juta di seluruh negara dalam tempoh dua hari.

MOF dalam satu kenyataan berkata, hari kedua pelaksanaan penghargaan SARA dan penyaluran SARA bulanan mencatat transaksi yang tinggi.

Menurutnya, sehingga pukul 9.30 malam semalam, lebih 900 ribu rakyat berjaya menyempurnakan perbelanjaan mencecah RM60 juta di seluruh negara dengan keseluruhan lebih 1.7 juta penerima telah berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari (Ahad dan Isnin).

“Berikutan ledakan transaksi yang direkodkan semalam (kelmarin) peningkatan kapasiti sistem yang dilaksanakan oleh Mykasih telah membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi yang diproses pada hari ini (semalam).

“Walaupun kapasiti telah dipertingkatkan namun sistem masih mencatatkan kesesakan pemprosesan transaksi di beberapa lokasi khususnya pada waktu puncak antara pukul 1 hingga 2.30 petang,” kata kenyataan itu semalam.

Jelasnya lagi, petugas Mykasih telah ditempatkan di pasar raya besar untuk membantu menyelesaikan isu secara terus di lapangan dan memberikan sokongan kepada peniaga.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pagi pada hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan urusan pembelian.

“Kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara,” ujarnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author