Connect with us

Terkini

Guru hilang minat, tetapi terpaksa terus mengajar: Apa jadi masa depan pendidikan kita?

Published

on

Foto: Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr. Anuar Ahmad
  • Data rasmi KPM mendedahkan seramai 19,179 guru telah bersara awal sejak 2022 hingga Mei 2025.
  • Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr. Anuar Ahmad, berkata menurut KPM, faktor utama persaraan awal ini adalah kerana “tidak lagi berminat menjadi guru”, yang melibatkan lebih 67 peratus daripada jumlah keseluruhan.
  • Perkembangan ini menimbulkan dua persoalan besar iaitu pertama, punca sebenar mengapa begitu ramai guru hilang minat perlu dijelaskan oleh pihak berwajib.
  • Kedua, kemungkinan terdapat lebih ramai guru yang masih berkhidmat walaupun tidak lagi berminat, tetapi tidak dapat bersara awal kerana menanggung komitmen kewangan seperti pinjaman perumahan, kereta dan kos pendidikan anak-anak.
  • “Apa akan jadi pada kualiti pengajaran mereka? Apa akan jadi pada pembelajaran murid-murid mereka?”soal Dr Anuar.

KUALA LUMPUR — Data rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan seramai 19,179 guru telah bersara awal dalam tempoh tiga tahun setengah bermula 2022 hingga Mei 2025.

Angka ini tidak termasuk guru yang bersara wajib, menjadikan jumlah keseluruhannya dijangka lebih besar.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Dr. Anuar Ahmad, berkata menurut Kementerian Pendidikan, faktor utama persaraan awal ini adalah kerana “tidak lagi berminat menjadi guru”, yang melibatkan lebih 67 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, perkembangan ini menimbulkan dua persoalan besar.

Pertama, punca sebenar mengapa begitu ramai guru hilang minat perlu dijelaskan oleh pihak berwajib.

Kedua, kemungkinan terdapat lebih ramai guru yang masih berkhidmat walaupun tidak lagi berminat, tetapi tidak dapat bersara awal kerana menanggung komitmen kewangan seperti pinjaman perumahan, kereta dan kos pendidikan anak-anak.

“Apa akan jadi apabila guru-guru yang sudah tidak berminat untuk mengajar tetapi terpaksa terus berkhidmat kerana komitmen hutang pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan?

“Apa akan jadi pada kualiti pengajaran mereka? Apa akan jadi pada pembelajaran murid-murid mereka?

“Dan apa akan jadi pada motivasi murid-murid apabila yang mengajar adalah guru yang sudah hilang minat dan ‘nyalarasa’ keguruan, tetapi terpaksa terus bekerja semata-mata kerana hutang?” soal beliau.

Justeru Dr. Anuar sekali lagi mempersoalkan apakah situasi yang ditunjukkan oleh data rasmi ini akan menyokong usaha mereformasikan pendidikan dan mengangkat kualiti pendidikan negara.

Bagi menangani isu kekurangan tenaga pengajar serta memastikan kesejahteraan guru, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Wong berkata, KPM melaksanakan pengambilan guru tetap sebanyak dua kali setahun, manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan membuka sistem permohonan guru sepanjang tahun bagi mempercepat pengambilan dan penempatan guru. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author