Connect with us

Terkini

Kerajaan pertimbang kembali sekatan perjalanan peminjam PTPTN

Published

on

Foto: Iklan PTPTN di KLIA2.

 

  • “Sekatan keluar negara masih dalam pertimbangan, tetapi buat masa ini belum ada keputusan. Mungkin kita akan kaji semula, namun setakat ini tiada sebarang pertimbangan untuk menguatkuasakan sekatan terhadap peminjam.” – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud
  • Setakat 2024, kira-kira 430,000 peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian di IPT dikesan tidak pernah membayar pinjaman mereka dengan jumlah terkumpul sehingga kini mencecah RM6 bilion

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbangkan untuk mengembalikan semula sekatan perjalanan keluar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan melunaskan pinjaman walaupun berkemampuan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau menjelaskan, meskipun perkara itu masih di peringkat kajian, setakat ini belum ada keputusan muktamad dibuat kerajaan.

“Sekatan keluar negara masih dalam pertimbangan, tetapi buat masa ini belum ada keputusan. Mungkin kita akan kaji semula, namun setakat ini tiada sebarang pertimbangan untuk menguatkuasakan sekatan terhadap peminjam,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH–Kepong) pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Lip Eng ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengembalikan sekatan perjalanan bagi pesalah tegar PTPTN yang enggan membayar pinjaman, selain turut bertanya mengenai status pengecualian bayaran untuk peminjam yang menamatkan ijazah sarjana muda dengan keputusan kelas pertama.

Menjawab persoalan itu, Mustapha berkata portal rasmi PTPTN yang sebelum ini diselenggara kini sudah bersedia membuka semula permohonan pengecualian bermula 1 September ini.

“Kepada mereka yang layak, khususnya yang memperoleh keputusan kelas pertama, boleh membuat permohonan semula melalui laman sesawang PTPTN,” katanya.

Menurutnya, skim pengecualian bayaran yang diperkenalkan sejak 2001 itu telah memberi manfaat kepada seramai 133,159 peminjam dengan jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM2.9 bilion.

Bagaimanapun setakat 2024, kira-kira 430,000 peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian di institut pendidikan tinggi (IPT), dikesan tidak pernah membayar pinjaman mereka dengan jumlah terkumpul sehingga kini mencecah RM6 bilion.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author