Connect with us

Terkini

Elak jadi sasaran perisik asing, Warga Palestin disaran amal gaya hidup profil rendah – Ketua Polis Negara

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
  • “Warga Palestin dinasihatkan mengamalkan gaya hidup berprofil rendah bagi mengelakkan mereka menjadi sasaran terpilih, dan melaporkan kepada pihak polis sebarang perlakuan yang mencurigakan ke atas mereka.” – Ketua Polis Negara
  • Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa terdapat dua insiden telah disiasat PDRM melibatkan penculikan warga Palestin dan pemilikan enam pucuk senjata api, yang disyaki didalangi oleh agensi perisikan luar.

 

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan warga Palestin yang menetap di negara ini agar mengamalkan gaya hidup berprofil rendah bagi mengelakkan mereka menjadi sasaran terpilih.

Nasihat itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini sebagai langkah menjamin keselamatan komuniti Palestin di Malaysia.

“Warga Palestin dinasihatkan mengamalkan gaya hidup berprofil rendah bagi mengelakkan mereka menjadi sasaran terpilih, dan melaporkan kepada pihak polis sebarang perlakuan yang mencurigakan ke atas mereka,” katanya.

Menurut beliau, PDRM sentiasa bersedia mencegah dan menangani ancaman luaran yang boleh menjejaskan keselamatan negara, termasuk sebarang agenda yang dibawa oleh agensi perisikan asing.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa terdapat dua insiden telah disiasat PDRM melibatkan penculikan warga Palestin dan pemilikan enam pucuk senjata api, yang disyaki didalangi oleh agensi perisikan luar.

Bagi mengukuhkan kawalan, PDRM menjalin kerjasama rapat dengan agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Interpol untuk memantau kemasukan warga asing.

PDRM juga memberi perhatian terhadap warga asing yang tinggal lama di Malaysia, termasuk mereka yang bekerja sebagai perunding asing.

Selain itu, PDRM menjalinkan kolaborasi strategik dengan agensi keselamatan lain melalui pertukaran maklumat dan pandangan di peringkat nasional dan antarabangsa. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author