Connect with us

Antarabangsa

Vietnam haramkan motosikal petrol di Hanoi, Bermula Julai 2026

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Ia sebagai sebahagian daripada pelan menyeluruh untuk mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kualiti udara.
  • Sebagai persediaan ke arah pelaksanaan larangan ini, Hanoi bakal melancarkan program subsidi besar-besaran bagi membantu penduduk menukar kira-kira 450,000 buah motosikal berkuasa petrol kepada model elektrik sebelum Julai 2026.

 

HANOI – Bermula Julai 2026, ibu negara Vietnam, Hanoi akan mengharamkan penggunaan motosikal dan skuter yang menggunakan petrol di kawasan pusat bandar sebagai sebahagian daripada pelan menyeluruh untuk mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kualiti udara.

Larangan tersebut diumumkan menerusi arahan rasmi yang dikeluarkan Perdana Menteri Pham Minh Chinh pada 12 Julai lalu.

Ia melibatkan semua jenis motosikal dan skuter yang menggunakan petrol di dalam kawasan Lingkaran Jalan 1 (Ring Road 1), yang meliputi pusat bandar termasuk kawasan Old Quarter yang terkenal.

Menjelang tahun 2028, larangan akan diperluaskan kepada kereta persendirian berkuasa petrol yang beroperasi di dalam kawasan Lingkaran Jalan 1 dan 2.

Manakala pada tahun 2030, semua kenderaan persendirian yang menggunakan bahan api fosil akan dihadkan sepenuhnya daripada memasuki kawasan Lingkaran Jalan 3, yang merangkumi kawasan pinggir Hanoi.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa pelan ini bertujuan menjadikan Hanoi sebagai sebuah bandar rendah pelepasan karbon, dengan peralihan sepenuhnya ke arah penggunaan kenderaan elektrik dan sistem pengangkutan awam bersih dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menjelang 2030, sistem pengangkutan awam Hanoi dijangka menghubungkan semua laluan utama, kawasan padat penduduk dan hab perjalanan utama melalui penggunaan bas elektrik dan sistem metro.

Kerajaan negara tersebut turut berhasrat memperbanyak stesen pengecas dan mempertingkatkan perkhidmatan bagi kenderaan bersih di seluruh bandar.

Sebagai persediaan ke arah pelaksanaan larangan ini, Hanoi bakal melancarkan program subsidi besar-besaran bagi membantu penduduk menukar kira-kira 450,000 buah motosikal berkuasa petrol kepada model elektrik sebelum Julai 2026. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author