Connect with us

Terkini

eHATI: Polis Selangor buka kertas inkuiri kenal pasti kesalahan jenayah

Published

on

Foto: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat.
  • Pihaknya turut bekerjasama dengan JAIS mengikut bidang kuasa masing-masing bagi mendapatkan fakta penting berkaitan dakwaan terhadap eHATI.

 

SHAH ALAM — Polis mengesahkan telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah berhubung program motivasi rumah tangga eHATI yang didakwa tidak bermoral.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat.

“Setakat ini maklumat hanya diperoleh daripada pihak ketiga dan polis akan memanggil mana-mana individu yang terlibat bagi membuktikan sama ada wujudnya kesalahan jenayah atau sebaliknya.

“Susulan itu, polis akan membuka kertas siasatan bagi mendapatkan keterangan secara terus dan pengesahan mengenai penggunaan air tertentu atau kesalahan lain di bawah Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Hussein berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut bidang kuasa masing-masing bagi mendapatkan fakta penting berkaitan dakwaan terhadap eHATI.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta JAIS untuk menyiasat dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di sini.

Amirudin dilaporkan berkata pada Sabtu perkara itu perlu diambil berat dan tindakan tegas perlu diambil, jika dakwaan tersebut didapati benar setelah penyiasatan secara menyeluruh dilakukan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu berkaitan doktrin palsu, kerana disyaki berlaku upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author