Connect with us

Terkini

Ekonomi Terengganu catat pertumbuhan membanggakan – MB Terengganu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
  • Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pencapaian itu membolehkan Terengganu melonjak dua anak tangga ke kedudukan keenam daripada 11 negeri di Semenanjung Malaysia.
  • “Ini adalah pencapaian kita bersama. Kita akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk merealisasikan pula sasaran ‘masa depan’ Negeri Terengganu. Apa yang ingin saya simpulkan ialah, ‘the path is clear, the direction is right, and we’re gaining momentum,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

KUALA TERENGGANU – Ekonomi Negeri Terengganu terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi tahun 2024, melepasi sasaran awal yang ditetapkan antara 3.5 peratus hingga 4.1 peratus.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pencapaian itu membolehkan Terengganu melonjak dua anak tangga ke kedudukan keenam daripada 11 negeri di Semenanjung Malaysia.

Beliau menyifatkan prestasi itu sebagai hasil daripada usaha gigih pelbagai pihak dan keberkesanan penyusunan semula ekonomi negeri yang lebih berdaya tahan, selain dipacu oleh persekitaran ekonomi global dan nasional yang bertambah baik.

“Ini adalah pencapaian kita bersama. Kita akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk merealisasikan pula sasaran ‘masa depan’ Negeri Terengganu…

Apa yang ingin saya simpulkan ialah, ‘the path is clear, the direction is right, and we’re gaining momentum,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Ahmad Samsuri turut memaklumkan kadar pengangguran di Terengganu berjaya dikurangkan daripada 4.6 peratus pada Suku Tahun Keempat (ST4) 2023 kepada 3.5 peratus pada ST4 2024, sekali gus menepati sasaran negeri.

Namun beliau menekankan keperluan untuk terus memacu penyertaan pekerja mahir tempatan dalam sektor industri bernilai tinggi melalui peranan institusi pendidikan dan kemahiran.

Dalam sektor pelancongan, Terengganu menerima sebanyak 14.5 juta pelawat domestik pada 2024, dengan 4.9 juta daripadanya merupakan pelancong, melebihi sasaran awal iaitu 13.2 juta pelawat dan 4.5 juta pelancong.

MB Terengganu menegaskan bahawa corak perbelanjaan dan tujuan pelancongan perlu dianalisis dengan lebih mendalam bagi merangsang perkembangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negeri itu.

Sementara itu, sektor perdagangan turut mencatatkan pencapaian cemerlang apabila jumlah perdagangan meningkat 26.5 peratus, manakala imbangan dagangan melonjak sebanyak 60.1 peratus.

Beliau menyarankan agar ekosistem perdagangan negeri terus diperkukuhkan melalui kerjasama erat dengan industri, pemudahcara prosedur, pemantapan dasar, serta promosi berterusan bagi menarik pelaburan strategik.

Dr Ahmad Samsuri menegaskan bahawa meskipun perbandingan dengan negeri lain tidak dapat dielakkan, Terengganu mempunyai ukuran, keutamaan dan sasaran sendiri dalam mengemudi hala tuju ekonomi negeri.

“Kita akan terus bekerja keras bagi merealisasikan sasaran masa depan Terengganu menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2025,” katanya. -The Merdeka Times

Author