Connect with us

Terkini

SPRM tetap bertegas mahu lucut harta Daim – Azam Baki

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka dalam tindakan melucutkan hak harta tersebut.
  • Azam ulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal dan dibuat tanpa asas perundangan.
  • “Berasas atau tidak, itu adalah pandangan beliau dan mereka juga mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka.
  • “Namun di pihak saya, kita akan meneruskan tindakan yang diatur dan dirancang, bagi tujuan menentukan hak untuk harta-harta itu, yang kita rasakan ia diperoleh dengan menyalahi undang-undang,” katanya dipetik BH pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas untuk tetap mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarganya yang tidak diisytihar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka dalam tindakan melucutkan hak harta tersebut.

Mengulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal dan dibuat tanpa asas perundangan, Azam berkata mereka berhak menyuarakan apa sahaja pandangan.

“Berasas atau tidak, itu adalah pandangan beliau dan mereka juga mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka.

“Namun di pihak saya, kita akan meneruskan tindakan yang diatur dan dirancang, bagi tujuan menentukan hak untuk harta-harta itu, yang kita rasakan ia diperoleh dengan menyalahi undang-undang,” katanya dipetik BH pada Rabu.

Terdahulu, peguam kepada keluarga Allahyarham Tun Daim dilapor mempersoalkan asas kenyataan SPRM yang baru-baru ini menyatakan bahawa harta bekas Menteri Kewangan itu yang tidak diisytihar patut dilucut hak.

Peguam Rajesh Nagarajan menegaskan bahawa kerajaan mahupun mana-mana agensinya tidak mempunyai hak untuk melucut hak secara sewenang-wenangnya terhadap harta milik mana-mana warganegara atau harta pusakanya selepas kematian.

Mengulas lanjut, Azam berkata jumlah kertas siasatan SPRM mungkin bertambah daripada lapan sedia ada.

“Jumlah keseluruhan harta yang dikesan SPRM setakat ini adalah RM2 bilion tetapi ia mempunyai pecahan-pecahannya (untuk dilucutkan hak). Setiap harta yang berkaitan (dilucutkan hak) memerlukan satu permohonan kertas siasatan.

“Setakat ini ada lapan kertas siasatan sahaja yang dibuka dan ya… ia mungkin bertambah… mungkin selepas ini,” katanya. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author