Connect with us

Antarabangsa

Tokyo mula keluarkan sijil untuk pasangan sejenis

Tokyo mula melancarkan skim sijil perkongsian kepada pasangan sama jantina yang membolehkan mereka menerima faedah pasangan suami isteri untuk perkhidmatan awam tertentu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tokyo mula keluarkan sijil untuk pasangan sejenis
Foto: Tokyo mula melancarkan skim sijil perkongsian kepada pasangan sama jantina.
  • Skim sijil perkongsian dilancarkan di Tokyo bagi pasangan sama jantina, membolehkan kelompok itu menerima faedah suami isteri bagi perkhidmatan tertentu.
  • Sijil itu juga akan membolehkan pasangan sejenis menerima faedah sama seperti pasangan suami isteri dalam hal-hal perumahan, perubatan dan kebajikan.
  • Hal-hal seperti pengambilan anak angkat, warisan dan visa pasangan, bagaimanapun tidak termasuk dalam faedah sijil itu.
  • Jepun kini merupakan satu-satunya negara dalam kumpulan negara maju G7 tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina.
  • Tinjauan dijalankan NHK baru-baru ini menunjukkan kebanyakan warga Jepun menyokong perkahwinan sesama jantina.

Tokyo mula melancarkan skim sijil perkongsian kepada pasangan sama jantina yang membolehkan mereka menerima faedah pasangan suami isteri untuk perkhidmatan awam tertentu.

BBC melaporkan sijil itu belum mencapai taraf kesaksamaan perkahwinan, namun sesetengah pihak melihatnya sebagai langkah ke arah pengiktirafan perkahwinan sejenis di negara itu.

Sijil perkongsian yang juga diperkenalkan di lapan wilayah lain di seluruh Jepun itu akan membolehkan pasangan sejenis menerima faedah sama seperti pasangan suami isteri dalam hal-hal perumahan, perubatan dan kebajikan.

Bagaimanapun hal-hal seperti pengambilan anak angkat, warisan dan visa pasangan tidak termasuk dalam faedah sijil itu.

Sijil itu layak dimohon mana-mana individu berusia lebih 18 tahun, sama ada menetap atau bekerja di Tokyo. 

Setakat Jumaat lalu, sebanyak 137 permohonan telah dibuat.

Jepun kini merupakan satu-satunya negara dalam kumpulan negara maju G7 yang tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina.

Bagaimanapun, tinjauan baru-baru ini menunjukkan kebanyakan warga Jepun menyokong perkahwinan sama jantina itu.

Menurut tinjauan penyiar awam Jepun, NHK pada 2021, 57 peratus menyokong perkahwinan sama jantina, manakala hanya 37 peratus menentangnya.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *