Connect with us

Antarabangsa

Lelaki hidap jangkitan paru-paru akibat tabiat hidu stokin sendiri

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pesakit yang tidak dinamakan itu mengalami batuk berpanjangan dan mata merah sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Barat Daya, Universiti Perubatan Tentera, selepas ubat batuk tidak lagi berkesan.
  • Hasil imbasan dan bronkoskopi mendapati terdapat jangkitan kulat jenis Aspergillus pada paru-paru kanannya.
  • Siasatan lanjut mendapati punca jangkitan berpunca daripada habit pesakit menghidu stokin kotor yang dipakainya setiap hari.

CHONGQING – Seorang lelaki pertengahan umur dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap jangkitan kulat pada paru-paru akibat tabiat menghidu stokin berpeluh miliknya setiap hari.

Pesakit yang tidak dinamakan itu mengalami batuk berpanjangan dan mata merah sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Barat Daya, Universiti Perubatan Tentera, selepas ubat batuk tidak lagi berkesan.

Hasil imbasan dan bronkoskopi mendapati terdapat jangkitan kulat jenis Aspergillus pada paru-paru kanannya.

Siasatan lanjut mendapati punca jangkitan berpunca daripada habit pesakit menghidu stokin kotor yang dipakainya setiap hari.

Menurut Dr Liang Peiqiang dari Jabatan Perubatan Pernafasan, stokin yang lembap dan kotor menjadi tempat pembiakan ideal kulat.

Menghidu stokin tersebut membolehkan kulat masuk ke sistem pernafasan, terutama bagi individu dengan imuniti rendah.

Pesakit kini dilaporkan pulih selepas menerima rawatan anti-kulat dan telah dibenarkan keluar hospital. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *