Connect with us

Antarabangsa

Berbogel dan main piano dengan alat sulit, pelawak transgender disingkir badan amal

Susulan aksi bogel di televisyen secara langsung, pelawak transgender, Jordan Gray disingkirkan daripada aktiviti badan amal kanak-kanak, Educate and Celebrate minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berbogel dan main piano dengan alat sulit, Pelawak transgender disingkir badan amal
Foto: Jordan Gray disingkirkan daripada aktiviti badan amal susulan aksi bogel di televisyen.
  • Susulan aksi bogel di televisyen secara langsung, pelawak transgender, Jordan Gray  disingkirkan daripada badan amal kanak-kanak, Educate and Celebrate.
  • Badan amal itu sebelum ini bekerjasama dengan Gray, bagaimanapun kerjasama itu ditarik balik ekoran kontroversi minggu lalu.
  • Dia mempersembahkan nyanyian lagu bertajuk ‘Better Than You’ dan dikatakan berbogel serta bermain piano dengan alat sulitnya.
  • Gray juga didakwa “tidak pernah pergi ke sekolah” dan mempunyai interaksi terhad dengan kanak-kanak sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan badan amal itu yang bertujuan memperkenalkan identiti jantina dan orientasi seksual di sekolah.

LONDON –  Susulan aksi bogel di televisyen secara langsung, pelawak transgender, Jordan Gray disingkirkan daripada aktiviti badan amal kanak-kanak, Educate and Celebrate minggu lalu.

Badan amal itu, bertujuan memperkenalkan identiti jantina dan orientasi seksual di sekolah, sebelum ini bekerjasama dengan Gray.

Ketika persembahan nyanyian lagu bertajuk ‘Better Than You’, transgender itu berbogel dan bermain piano dengan alat sulitnya ketika siaran langsung di televisyen.

Susulan insiden itu, badan amal Educate and Celebrate mengeluarkan kenyataan media mengumumkan penyingkiran Gray.

Gray juga didakwa “tidak pernah pergi ke sekolah” dan mempunyai interaksi terhad dengan kanak-kanak sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Setahu kami, Jordan Gray tidak pernah pergi ke sekolah dan kami tidak pernah meminta Jordan menjalankan tugas untuk atau bagi pihak Educate and Celebrate, sama ada secara sukarela atau berbayar. 

“Pemegang Amanah Educate and  Celebrate tidak mengetahui mengenai kemunculan Jordan Grey di Channel 4’s Friday Night Live sehingga ia dibawa kepada perhatian kami melalui media sosial,” kata kenyataan badan amal dikeluarkan pada 26 Oktober lalu dipetik Reduxx.

Walaupun badan amal itu mendakwa “Jordan Gray tidak pernah pergi ke sekolah,” temu bual pada 2016 dengan Gray untuk GuysLikeU di internet menyanggah dakwaan itu.

Gray menyatakan, “saya pergi ke sekolah untuk bercakap tentang jantina” sebagai sebahagian daripada tugasnya dengan Educate and Celebrate.

Sumber: Reduxx

 

 

Author