Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Sepanyol dera isteri, bebas tuduhan kerana ubah jantina

Seorang lelaki di Sepanyol yang memukul isterinya akibat tidak bersetuju dengan hasratnya untuk menukar jantina, berjaya melepaskan diri dari tuduhan keganasan itu dengan menukar jantina serta namanya kepada ‘wanita’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Sepanyol dera isteri, bebas tuduhan kerana ubah jantina
Foto: Sumber Reduxx.
  • Lelaki tersebut memukul isterinya yang tidak bersetuju dengan hasratnya yang mahu mengubah jantina.
  • Isterinya tidak dapat membuat laporan polis atas tuduhan keganasan jantina kerana dia sudah mengubah identiti jantinanya beberapa bulan lalu.
  • Di bawah undang-undang Sepanyol, lelaki itu hanya boleh didakwa dengan tuduhan keganasan rumahtangga.
  • Dia turut mendakwa isterinya atas tuduhan salah mengenalpasti jantina baharunya.

Seorang lelaki di Sepanyol yang memukul isterinya akibat tidak bersetuju dengan hasratnya untuk menukar jantina, berjaya melepaskan diri dari tuduhan keganasan itu dengan menukar jantina serta namanya kepada ‘wanita’.

Reduxx melaporkan nama-nama individu berkaitan masih belum boleh didedahkan memandangkan prosiding mahkamah sedang berjalan.

Rumahtangga pasangan berusia 60-an yang sudah bersama selama 11 tahun itu mula goyah apabila Manalo (bukan nama sebenar) mula menyatakan hasrat untuk mengubah fizikalnya.

Menurut Carmen (bukan nama sebenar) pula, suaminya itu mula gemar memakai pakaian dalam wanita ketika berhubungan intim. Kemudian, dia mulai mahu mengambil pil hormon estrogen bagi mendapatkan payudara.

Carmen bagaimanapun berkata dia hanya akan bersetuju dengan perkara itu (suaminya menukar jantina) jika dia bukan lagi isteri Manolo kerana dia tidak tertarik dengan fizikal seorang wanita.

Susulan itu, Manolo mula berkelakuan kasar terhadap Carmen walaupun isterinya itu memberitahu akan terus menyokong perubahannya itu sebagai sahabat.

Kemuncak kedinginan itu berlaku apabila Carmen berang dengan tindakan Manolo yang memusnahkan barangan peribadi Carmen pada 15 Ogos lalu sehinggalah pergaduhan tercetus dan menyaksikan Manalo memukul Carmen dengan ganas.

Carmen kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan membuat laporan polis. Ketika itulah dia mendapati suaminya itu sudah menukar identiti jantina beberapa bulan lalu.

Disebabkan itu, Manolo tidak boleh didakwa dengan keganasan jantina — tuduhan khusus yang wujud di Sepanyol untuk mengklasifikasikan keganasan lelaki terhadap wanita. Sebaliknya, Manolo hanya boleh didakwa atas keganasan rumahtangga.

Penasihat undang-undang Carmen, Núria González López menyatakan kekecewaan dengan cara sistem perundangan Sepanyol mengendalikan kes itu. López dan ketua peguam Meritxel Cabezón sedang bekerjasama dengan Carmen untuk membantunya meneruskan pertuduhan penderaan.

Sejak didakwa kerana mencederakan Carmen, Manolo dilaporkan memfailkan aduan jenayah terhadap bekas pasangannya itu kerana tidak mengenalpastinya dengan jantina baharunya.

Sumber: Reduxx

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *