Antarabangsa
[VIDEO] Polis Indonesia sujud beramai-ramai mohon maaf atas tragedi Stadium Kanjuruhan
Kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang dipimpin Ketuanya, Budi Hermanto secara spontan bersujud beramai-ramai bagi meminta maaf susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, baru-baru ini.
Surabaya – Kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang dipimpin Ketuanya, Budi Hermanto secara spontan bersujud beramai-ramai bagi meminta maaf susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, baru-baru ini.
Tindakan itu dilakukan ketika rutin perhimpunan taklimat pagi di dataran Markas Kepolisian Resor Malang Kota, pada Isnin lalu.
Kompas melaporkan, Budi Hermanto mengatakan tindakan bersujud itu juga untuk memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Esa.
“Kami mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terkorban dalam mangsa tragedi Kanjuruhan. Semoga keluarga yang ditinggalkan pula diberi ketabahan dan kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah SWT supaya kejadian ini tidak berulang,” kata pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Buher itu.
Pada 1 Oktober lalu, perlawanan bola ‘derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur bertukar menjadi tragedi berdarah apabila sekurang-kurangnya 125 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam insiden rusuhan penyokong selepas perlawanan.
Sumber: Harian Metro