Terkini
Kultus bukan isu agama, undang-undang perlu di bawah PDRM – Peguam
- Seorang peguam menegaskan kultus bukan isu agama, justeru sebarang perbuatan, termasuk penggubalan undang-undang, berkaitannya perlu berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya pihak agama.
- Peguam, Faizal Rahman berkata undang-undang anti-kultus perlu digubal untuk mengelakkan isu yang sama berulang, sebagaimana saranan sama disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Rufayda Academy, Dr Mohamad Razif Mohamad Fuad ketika ditemui pemberita di Konvensyen Sunnah ke-12 bertemakan “Ekstremisme & Pengkultusan: Merungkai faktor & solusi penyelesaian” yang berlangsung di sini pada Ahad.
- Negara lain sudah mempunyai dan mulai proaktif dalam menggubal undang-undang sedemikian dan kerana itu Malaysia juga perlu bergerak seiring.
- “Kita boleh ikut sample (contoh) undang-undang negara lain,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang cadangan Mohamad Razif supaya beberapa akta berkaitan ketaasuban dan pengkultusan digubal agar ada kawalan lebih ketat terhadap isu-isu sedemikian.
KUALA LUMPUR — Seorang peguam menegaskan kultus bukan isu agama, justeru sebarang perbuatan, termasuk penggubalan undang-undang, berkaitannya perlu berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya pihak agama.
Peguam, Faizal Rahman berkata undang-undang anti-kultus perlu digubal untuk mengelakkan isu yang sama berulang, sebagaimana saranan sama disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Rufayda Academy, Dr Mohamad Razif Mohamad Fuad ketika ditemui pemberita di Konvensyen Sunnah ke-12 bertemakan “Ekstremisme & Pengkultusan: Merungkai faktor & solusi penyelesaian” yang berlangsung di sini pada Ahad.
Faizal berkata negara lain sudah mempunyai dan mulai proaktif dalam menggubal undang-undang sedemikian dan kerana itu Malaysia juga perlu bergerak seiring.
“Buat masa ini negara kita masih tidak ada undang-undang berkenaan, jadi kita tidak ada legal definition bagi cult tu.
“In fact saya tekankan semalam (di Konvensyen Sunnah ke-12) kultus itu bukan isu agama. So kejadian/perbuatan kultus bukan di bawah bidang kuasa agama tetapi PDRM.
“Kita boleh ikut sample (contoh) undang-undang negara lain,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang cadangan Mohamad Razif supaya beberapa akta berkaitan ketaasuban dan pengkultusan digubal agar ada kawalan lebih ketat terhadap isu-isu sedemikian.
Cadangan itu disuarakan Mohamad Razif selepas beliau selesai membuat pembentangan di Konvensyen Sunnah ke-12 ketika menjawab pertanyaan pemberita berkenaan bagaimanakah cara untuk pemerintah negara ini mendepani ketaasuban dan pengkultusan.
Konvensyen anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (“IQ Malaysia”) itu antara lain membentang topik, ‘Peranan pemerintah dalam memelihara keharmonian dan membendung ketaksuban’. — The Merdeka Times