Connect with us

Terkini

Suspek kes kadet “ditekap seterika” didakwa esok

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tekapan seterika di bahagian dada
  • Suspek kes dera dan buli ke atas seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi pada 22 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di sini, esok.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan akan dijalankan pada jam 8 pagi dan ia membabitkan seorang pelajar senior UPNM berusia 22 tahun yang sebelum ini dilaporkan dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.
  • “Kes pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan melibatkan kes buli pelajar UPNM,” katanya dipetik media tempatan di sini hari ini.
  • Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.
  • The Merdeka Times (TMT) dalam laporan eksklusif pada 30 Oktober lalu dengan memetik sumber mendedahkan kes terbaru seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM disyaki dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

 

KUALA LUMPUR — Suspek kes dera dan buli ke atas seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi pada 22 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di sini, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan akan dijalankan pada jam 8 pagi dan ia membabitkan seorang pelajar senior UPNM berusia 22 tahun yang sebelum ini dilaporkan dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.

The Merdeka Times (TMT) dalam laporan eksklusif pada 30 Oktober lalu dengan memetik sumber mendedahkan kes terbaru seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM disyaki dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

TMT yang turut melihat foto mangsa terus menerbitkan berita itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku sepertimana kes pada 2017, negara digemparkan dengan insiden sadis membabitkan seorang pegawai kadet laut UPNM yang menemui ajal selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan kejam apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap selepas beliau dituduh mencuri sebuah komputer riba.

Liputan TMT itu tular di media sosial dan mendapat perhatian segera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengeluarkan kenyataan media pada hari sama bahawa siasatan sedang dilakukan dan tindakan akan diambil ke atas pelaku, jika terbukti, tanpa sebarang kompromi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *