Connect with us

Terkini

(EKSKLUSIF) Lagi kes kadet “ditekap seterika” di UPNM

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kesan tekapan seterika dihadapi mangsa
  • Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, dipercayai dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.
  • Sumber memberitahu The Merdeka Times (TMT) insiden membabitkan pegawai kadet lelaki itu secara tidak sengaja terbongkar dan diketahui pegawai bertugas (duty officer) selepas mangsa mengikuti latihan tempur tanpa senjata, minggu lalu. 
  • “(Insiden) minggu lepas dah terjadi, minggu ini tak pasti apa tindakan yang diambil setakat ini. Tak dengar lagi apa hukuman yang akan dapat (dikenakan ke atas) pelaku pun tak pasti, dapat hukuman apa tapi ada orang kata pelaku itu seorang saja.
  • “Setakat itu je saya dapat (maklumat) sebab saya bukan first hand (terima gambar dan maklumat),” kata sumber, yang tidak pasti mengenai punca insiden itu, ketika dihubungi TMT hari ini.
  • TMT turut melihat foto tangkap layar kecederaan mangsa dipercayai dari grup whatsapp kompeni pegawai kadet terbabit yang sudah dipadamkan tetapi sempat dikongsikan rakan sumber kepada sumber.
  • Pada 2017, negara digemparkan dengan insiden sadis membabitkan pegawai kadet laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menemui ajal selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan kejam apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap selepas beliau dituduh mencuri sebuah komputer riba.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, dipercayai dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

Sumber memberitahu The Merdeka Times (TMT) bahawa insiden membabitkan pegawai kadet lelaki itu secara tidak sengaja terbongkar dan diketahui pegawai bertugas (duty officer) selepas mangsa mengikuti latihan tempur tanpa senjata, minggu lalu. 

Ketika latihan itu, mangsa dikatakan menggunakan pakaian yang tidak menutupi keseluruhan tubuh, sekali gus mendedahkan kesan luka itu kepada rakan kompeni (pasukan) lain sebelum disedari pegawai bertugas.

Menurut sumber, situasi mangsa diketahui ramai pihak di ALK, namun tidak tersebar keluar.

“(Insiden) minggu lepas dah terjadi, minggu ini tak pasti apa tindakan yang diambil setakat ini. Tak dengar lagi apa hukuman yang akan dapat (dikenakan ke atas) pelaku pun tak pasti, dapat hukuman apa tapi ada orang kata pelaku itu seorang saja.

“Setakat itu je saya dapat (maklumat) sebab saya bukan first hand (terima gambar dan maklumat),” kata sumber, yang tidak pasti mengenai punca insiden itu, ketika dihubungi TMT hari ini.

TMT turut melihat foto tangkap layar kecederaan mangsa dipercayai dari grup WhatsApp kompeni pegawai kadet terbabit yang sudah dipadamkan tetapi sempat dikongsikan rakan sumber kepada sumber.

Sumber kemudiannya membuat keputusan untuk memaklumkan kepada TMT berhubung insiden itu yang beliau sifatkan sebagai “melampau” selain khuatir insiden malang akan berlaku ke atas mangsa.

Pada 2017, negara digemparkan dengan insiden sadis membabitkan pegawai kadet laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menemui ajal selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan kejam apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap selepas beliau dituduh mencuri sebuah komputer riba.

Enam pelakunya, yang juga bekas penuntut UPNM sealiran dengan mangsa, dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Rayuan pada Julai lalu kerana membunuh Allahyarham Zulfarhan, tujuh tahun lalu. 

TMT sedang mencuba untuk menghubungi ALK/UPNM bagi mendapatkan maklum balas berhubung dakwaan ini.– The Merdeka Times



Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *