Terkini
(VIDEO) Ada pencarum Muslim KWSP ‘berhelah’, enggan tukar simpanan syariah
KUALA LUMPUR —“Betul ke skim yang baru ni betul-betul comply shariah? Ke ada udang di sebalik batu?”
Persoalan sedemikian disifatkan Perunding Kewangan, Mohamad Rizal Md Desa sebagai antara helah pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tidak memilih simpanan patuh syariah yang tersedia.
Berkongsikan pengalaman awal penglibatannya dalam takaful, Rizal berkata ketika beliau menjelaskan kepada pelanggan bahawa terdapat pilihan antara insurans konvensional dan takaful, akan ada yang mempersoalkan bahawa tidak ada beza antara kedua-duanya kecuali hanya bertukar nama sahaja.
“Jadi bila kita nak explain secara strukturnya… kan mekanisme dia berlainan dia ada akad dan juga tiada exposure kepada riba dan sebagainya itu dia jadi macam hati tertutup (tidak dapat terima) tak dapat hidayah contohnya ataupun dia memang tutup hati dia wallahualam.
“Tapi sebenarnya itulah helah digunakan kata kononnya mungkin tak mantap lagi kat Malaysia kan apa sistem dan sebagainya tapi kita dah tengok pulangan (dividen antara syariah dan konvensional) daripada KWSP sebenarnya lebih kurang sama je kan.
“Jadi sebab kita nak dapat lebih 0.0 peratus (pulangan lebih sedikit sahaja) itu kita sanggup menggadaikan kita punya keimanan? Di manakah kita letak keislaman kita? Benda itu sebenarnya kita kena utamakan,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Rabu.
Mengulas pertanyaan sama ada masyarakat Muslim, khususnya pencarum Muslim KWSP, masih lagi tidak mempunyai pengetahuan akan betapa buruk dan tercelanya tindakan memilih kekal dalam aktiviti pelaburan dan urusan kewangan terlibat riba, Rizal tidak menafikan sememangnya ramai tidak tahu akan kewujudan simpanan syariah kerana selama ini hanya mengetahui kewujudan konvensional.
Beliau berkata terdapat juga kelompok tidak tahu tentang implikasi memilih konvensional daripada syariah.
Katanya, pencarum Muslim KWSP tidak sepatutnya merasakan dilema sama ada ingin memilih simpanan syariah atau konvensional, sebaliknya mereka perlu automatik memilih simpanan patuh syariah.
“… (ada pihak) memang ada pengetahuan (literasi kewangan) tapi pengetahuan itu tak mengakibatkan dia mengambil tindakan untuk (pilih) syariah, malahan lagi dia ada kebebasan kewangan lagi dia takkan memilih sebab ada this perception bahawa konvensional punya instrumen itu lagi baik daripada syariah.
“Tapi kalau kita tahu dari segi pengurusan dana ada sesetengah masa dana-dana yang ada exposure kepada islamik punya instrumen adalah lebih baik daripada konvensional,” katanya. — The Merdeka Times
Untuk perkhidmatan bisnes, produk kewangan patuh shariah dan halal, anda boleh melayari laman web www.elzarshariah.com.