Terkini
Anak Najib dilantik Ahli Lembaga Pengarah MATRADE
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Nooryana Najwa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
- Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Nooryana Najwa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
- Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MATRADE 2024.
KUALA LUMPUR — Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Nooryana Najwa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MATRADE 2024.
Selain Nooryana, 36, Reezal turut mengumumkan pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Mastura Abdul Karim.
“Saya mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MATRADE Bil/2024 yang bertujuan untuk melihat hala tuju dan perancangan semasa yang akan dilaksanakan oleh MATRADE bagi tahun ini.
“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyerahkan surat pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) baharu MATRADE, Datin Nooryana Najwa Dato Seri Mohd Najib dan menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh beliau bersama-sama dua lagi ALP iaitu Dato’ Hairil Yahri Yaacob dan Dr. Mastura Abdul Karim.
“Tahniah diucapkan kepada Datin Nooryana Najwa atas lantikan sebagai ALP MATRADE,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa. — The Merdeka Times